Viral
” Kuatnya mak dia, kalau aku dah tak boleh cakap dah, asyik menangis teringat anak.. ” – Komen Netizen

Video ucapan ibu kepada arwah Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun yang menuntut keadilan untuk anaknya buat ramai sebak. Sedih dengar rayuan ibu Syamsul dan mohon kubur digali semula untuk bedah siasat kali kedua..
Selepas kes adik Zara Qairina, terjadi lagi kes kematian pelajar di negeri lain dan ianya mempunyai persamaan iaitu dibuli. Mungkin ada di kalangan orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kisah arwah Syamsul Haris Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM.
Untuk makluman, Syamsul dilaporkan meninggal kerana terkena sawan ketika berada di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram pada 28 Julai lalu. Bedah siasat telah pun dilakukan tetapi naluri ibu Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun dapat merasakan anaknya mati kerana ada unsur jenayah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lumoraa77, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puan Ummu Haiman di sebuah himpunan. Ibu Syamsul ini memberikan ucapannya kepada orang ramai yang hadir ke himpunan ini. Melaungkan Justice For Syamsul Haris, Puan Ummu memohon untuk kubur anaknya digali semula.
Ini kerana dia inginkan jenazah anaknya dibedah siasat untuk kali kedua bagi mengetahui punca kematian. Ucapan Puan Ummu yang bersemangat untuk memperjuangkan keadilan untuk anaknya ini meraih perhatian ramai. Hati ibu yang mana sanggup terima kematian anak sedangkan nalurinya kuat mengatakan anaknya dipukul.
Jom tonton video di bawah :
@lumoraa77 #justiceformalaysia #fyp #justiceforzara #justiceforourchildren #tiktokviral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 120 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ibu-ibu kena bangkit sendiri untuk dapatkan pembelaan anak-anak.. Sedihnya dengan undang-undang Malaysia.. “
” Kuatnya mak dia, klu aku dah tak boleh cakap2 dah, asyik menangis ja.. Maybe ibunya dah kehabisan airmata dah.. hati dikuatkan demi menuntut bela atas kematian anaknya.. “
” Kuatnya mak dia, jelas suara, kita yang menangis.. smp skrg brulang kali sy tgk vdeo nie mcm mana la dia dpt kekuatan nk berucap dgn jelas mcm tu.. “
” Sumpah kuat ibu haris ni mampu bersuara keras demi bela kematian anak dia.. Ya Allah.. Bukan sahaja kehilangan anaknya Syamsul Haris tp dia juga kehilangan suaminya 7 bulan yg lepas… kesian sgt kehilangan 2 insan tersayang dlm tempoh terdekat.. “
” Ibu ni sngt syg dgn anaknya. sbb dia berfikir jika dia trs menangis mrtatpi kmtin anaknya dan TDK bersuara spti ni smpi bila tak da yg tlng klu bln sndri yg brtndk.. “
” Sebaknya bila seorang ibu yg bersuara. Justice for zara qairina.. Justice for syamsul haris.. naluri seorg ibu pasti betul… Allahuakbar.. aku pon seorg ibu.. sebak rasa nye.. “
” Sebagai ibu aku dpt rasakan kesedihan ibu shamsul haris dan zara.. aku nangis wehh.. Kuatnya ibu arwah.. kalau saya tak mampu nk ckp sbb teringatkan anak.. “
Rayuan daripada seorang ibu yang mahukan sokongan orang ramai. Kuatnya semangat Puan Ummu walaupun dirinya masih bersedih atas pemergian anak tetapi dia perlu kuat supaya kebenaran terbongkar. Sama-sama kita berikan sokongan kepada Puan Ummu dan menjayakan misi Justice For Syamsul Haris.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lumoraa77 , Portal Mstar Online, Portal Astro Awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah