Artis / Selebriti
” Kuat mengusik ye Mr E ni, member dah nak debat tu. Ustaz Kazim pula menambah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ustaz Kazim Elias bercerita mengenai cahayamata di Podcast Kasi Onz bersama Erra Fazira dan Ezwan Zain. Part Ezwan mengusik Erra nak tambah anak buat ramai terhibur. Lawak respon Erra, haha..
Podcast Kasi Onz yang di hostkan sendiri oleh Erra Fazira dan Ezwan Zain kini telah pun memasuki episod 7. Podcast yang bersiaran setiap hari Jumaat di Youtube Channel Kasi Onz ini mengutarakan pelbagai isu dalam kehidupan dan kali ini penampilan istimewa daripada seorang pendakwah bebas terkenal ditampilkan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan perbualan Erra, Ezwan dan tetamu mereka, Dato’ Ustaz Kazim Elias. Tajuk pada episod ini adalah Sakinah, Mawaddah, Rahmah Asas Bahagia Rumah Tangga.
Pelbagai tips rumahtangga dikongsikan oleh Ustaz Kazim untuk panduan. Ustaz Kazim juga bercerita mengenai pembelajaran di sekolah tahfiz dan kepentingan agama dalam kehidupan. Erra mengatakan hatinya teringin untuk menghantar anak ke sekolah tahfiz Ustaz Kazim, namun anak-anak mereka sudah besar.

Ustaz Kazim sempat mengusik Erra mengatakan Erra masih boleh mengandung dan ada zuriat bersama Ezwan. Ianya disambut dengan gelak ketawa oleh Ezwan dan Erra. Ezwan bertanyakan kepada Erra adakah mahu menambah zuriat. Ustaz Kazim pula memberi satu dalil yang membuatkan Ezwan semakin menyakat Erra.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kuat mengusik yee Abang Ezwan ni. Ustaz Kazim pula menambah haha.. nak lagi…….. awk jgn pandang saya…… lahaiii cantikk nyaa.. “
” Nak lagi, amboi soalan mr e haha.. nak lagi tu hehe.. rasa boleh ni.. kalau Allah kata jadi, siapa boleh menidakkan.. kuat mengusik Mr E ni, member dah nk debat tu hahaa.. “
” Akak ofis I .. umur 50 pregnant twin.. if Allah berkehendak.. jom smua doakan yg baik mintak dgn Allah smoga ada rezeki buat kak erra n husband.. “
” Andai Allah berkehendak maka jdlah ia. kalau ada mesti cantik and handsome dooh sebab mom nya ratu cantikkkk and mr e pun good looking. tengok la aleesya and sofea, both cantikkk.. “
” Comeelll je ezwan jawab.. ustaz pun betul-betul membantu, pandai lah ustaz pun menambah perisa… Hahhaha.. Kasi onz lah abang Ezwan.. semoga kehendak Allah.. “
” Sesuai dengan kehendak Mr E haha.. dengan kita pun ikut sengih dengar pertanyaan Mr E pada Erra tu.. memang betul pun, Erra nampak muda dari usia sebenar.. onz lah Erra, please hehe.. “
” This time different, Kun FA ya kun ada Rizki BoBoiBoy EZRA-EZWANERRA.. Mr N tahu kiter tak bole pregnant lagi. so mr N hanya nak hadapi hari tua bersama.. “

Seronok sungguh Ezwan menyakat dan bertanyakan kepada Erra sekiranya mahu menambah cahayamata. Ustaz Kazim pun sporting, namun penuh dengan perkongsian ilmu yang berguna untuk semua. Bak kata Ustaz, kun faya kun, siapa tahu Erra akan hamil dan ada Erra Ezwan junior. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Erra dan Ezwan.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasionzchannel, Youtube Channel Kasionz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

