Artis / Selebriti
” Kram perut gelak bila Ammar start nyanyi. Nampak Ammar betul-betul berdukacita tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Aliff Syukri menyuruh anak sulungnya, Ammar Ahyan menyanyi lagu Nana Janda buat ramai terhibur. Pasrah betul Ammar menyanyi lagu Nana Janda. Mesti lepas ni mengadu kat Mama lagi, hehe..
Meninjau di akaun Tiktok milik Aimi Nohh telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff Syukri sedang membuat live bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan. Menerusi video itu, seperti biasa Ammar diminta untuk mempromosikan produk keluaran keluarganya.
Namun, apa yang mencuit hati adalah, pada kali ini Dato’ Aliff mengajak Ammar untuk menyanyi bersama-sama lagu bertajuk Nana Janda. Pada awalnya, Dato’ Aliff menyanyi dan meminta Ammar untuk mengikut apa yang dinyanyikannya.
Bukan itu sahaja, Dato’ Aliff juga meminta Ammar untuk menegur seorang netizen yang muncul di ruangan komen live tersebut yang bernama Nana Janda. Telatah Ammar yang menurut perintah abahnya itu untuk menyanyi dilihat sangat mencuit hati.

Ammar seolah-olah begitu pasrah dengan papanya. Seloroh warganet, nyanyian Ammar itu sudah seperti sedang membaca buku. Selain itu, usik warganet lagi, selepas ini mungkin Ammar akan meluahkan perasaan ‘dukacita’nya kepada ibunya apabila dipaksa menyanyi oleh abahnya.
Tonton video di bawah ini :
@aiminohh2 Toklep ni buat hal laa pagi2 dah seru nana janda 🤣 #aliffsyukri #datoaliffsyukri #ammarahyan #dherbs #dherbsterlajaklaris #fyp #masukberandafyp#fypシ
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kram perut gelak bila Ammar start nyanyi. Nampak Ammar betul-betul dukacita tu, haha.. Amayan tidak dirosakan oleh teknologi, amayan dirosakkan abah.. “
” Ikut jelah pak hang tu amayan, satgi nama takdak dalam surat wasiat pulak, aku letih dengan Alip Syukri ni, mcam2 dia buat, haha.. “
” Habis kang ngadu kata mama Ammar berdukacita.. Ammar nyanyi ke tu, ke tengah membaca buku, hahaa.. Ammar buat muka macam tu pun dah kelakar tau.. “
” Tahap kesabaran budak Ammar ni betul2 tinggi, hahaha.. Dia mampu hadap stress dia bila live dengan papa dia.. Tapi cute sangat muka dua beranak ni.. “
” Sejak2 balik dr rumah persinggahan dia tu kemain tok yee.. Bapaknye sengaja mengusikkk… Ni mood baik.. Kalau tgh angin taufan… Habis di tempiknye Amayan, bertabahlah Amayan.. “
” Hahahaha… Anaknya introvert, nyanyi pun dah mcm membaca buku disiplin.. Papa dia yg over dapat view jamda.. Datin tengok papa laris ni.. “
” Patutlah dia kata bila bt live gn papa dia2 stress, sbb tu dia lebih suka bt live gn mama rsa tenang katanya.. Sian hang Amayan.. “
Pasrah betul muka Ammar menyanyi, Dato Aliff pula memang suka menyakat anak sulungnya. Apa-apa pun, sikap Ammar yang sentiasa menghormati kedua ibu bapanya patut diberikan pujian. Tak pernah lagi melihat Ammar melawan. Semoga Ammar terus menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok aiminohh2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

