Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita pulak yang sebak tengok baiknya Adira layan bibik dia.. ” – Komen Netizen

Video Adira Suhaimi Meraikan Hari Lahir Bibiknya Buat Ramai Tersentuh. Wah Jarang-Jarang Majikan Buat Macam Adira Ni. Semuanya Cantik Dengan Tema Baju Kelawar. Hadiah Yang Adira Bagi Bibik Pun Bukan Kaleng-Kaleng !!

Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Adira Suhaimi, telah dikongsikan dua video baru yang memaparkan Adira menyambut ulangtahun kelahiran salah seorang bibiknya. Menerusi video itu, dekorasi birthday dibuat di halaman rumah Adira dengan dihiasi belon-belon yang berwarna warni.

Tema pakaian pada hari lahir bibik Adira adalah baju kelawar dan Adira juga turut memakai baju kelawar.Β  Di ruangan kapsyen, Adira juga memberikan sedikit ucapan istimewa dengan mengucapkan terima kasih kepada bibik atas segala pengorbanan sepanjang bekerja dengannya.

Di hujung video, kelihatan Adira menghadiahkan seutas rantai emas kepada bibik yang menyambut ulangtahun kelahirannya ke 31 tahun. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terharu melihat cara Adira melayani bibik serta menyifatkan Adira seorang majikan yang baik.

Sehingga kini, video tersebut menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Kalau Adira tak beritahu wanita itu adalah bibik, mesti ramai yang ingat bibik adalah salah seorang ahli keluarga Adira kerana layanan Adira sudah seperti ahli keluarga sendiri.

Tonton video- video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Adira ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kita pulak yang sebak tengok baiknya Adira layan bibik dia.. Selamat hari lahir bik, untung bik dapat majikan baik macam Adira, kerja elok2 bik.. “

” Alhamdulillah..cBagusnya Adira nie.. Majikan yg baik .. Sambut birthday bibik mcm keluarga sendiri.. Tengok lah, meriah betul, semuanya pakai baju kelawar.. “

” Jarang nk tengok ada majikan boleh layan bibik macam ahli keluarga sendiri.. Seronok pekerja dapat majikan baik.. Rezeki betul bibik ni.. “

” Muka bibik Adira pun dah macam Sedara mara dia… Alhamdulillah dapat boss yg baik… Dapat staff yg baik pun satu rezeki juga.. Selamat hari lahir bibik yg ke 31.. “

” Baik hati betul lah Adira ni, dia bahagiakan orang disekelilingnya.. Moga bertambah murah rezeki Adira selepas ni.. Happy birthday bibik.. “

“Alhamdulillah.. Baiknya majikan pada pembantu. Syukur.. Mesti semua bibik seronok kerja dengan Adira.. Nampak Adira layan dorang sporting habis lah.. “

” Bile kita gembira kan org, Allah akan balas blk kegembiraan bt kita.. MasyaAllah selamat ulang tahun bik semoga sentiasa dlm rahmat dan ksih syg Allah selalu… Aamiin Ya Mujib.. “

Mendapat pekerja yang baik atau majikan yang baik adalah satu rezeki dan nikmat yang terindah. Ramai yang tersentuh melihat cara Adira melayan bibiknya. Apa-apa pun, selamat hari lahir untuk bibik Adira. Semoga bibik murah rezeki selalu serta menjadi pekerja yang terbaik untuk Adira.

Silakan SHARE..

Sumber : IG adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT