Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Hadie berduet bersama Oddah menyanyikan lagu Paling Comel raih perhatian ramai. Alahai betul-betul comel nyanyian Hadie dengan Oddah. Oddah punya kelakar memang tak boleh bawak bincang, haha..

Meninjau di akaun TikTok milik fz_photography, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak kepada Sharifah Shahirah iaitu Odah dan anak kepada Ina Naim iaitu Hadie, berduet menyanyikan lagu bertajuk Paling Comel. Lagu ini merupakan nyanyian asal arwah penyanyi Achik Spin dan Siti Nordiana.

Difahamkan, video tersebut dirakamkan ketika majlis sambutan hari lahir Ammar Haikal, anak kepada penyanyi Ameng Spring baru-baru ini. Menerusi video itu, pada awalnya kelihatan Oddah seakan-akan tidak begitu mengetahui rentak lagu tersebut, namun Oddah tetap cuba menyanyi sehabis baik.

Telatah Hadie dan Odah ketika berduet turut mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan mereka suka melihat keakraban dua sahabat ini. Komen warganet, melihat Hadie dan Odah menyanyi bersama sudah seperti Erra Fazira dan Dato’ Yusry dalam filem Kuliah Cinta.

Sehingga kini, perkongsian video ini telah meraih lebih 50 ribu tontonan dan menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, sweet sungguh persahabatan Oddah dan Hadie ni,  saling suka menyakat antara satu sama lain.

Tonton video di bawah ini :

@fz_photography

Odah dan Hadie duet berdua di majlis hari jadi Ammar🎂🎂 @Odda🩷🔥 @ammarlaaa._ @ADI? @💞KakS4b4💞 @tatatintun @Athalia🌙 #talktomymanager #ttmm #fyp #birthday #foryoupage

♬ original sound – FZ PHOTOGRAPHY STUDIO – FZ PHOTOGRAPHY STUDIO

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai video nyanyian Hadie dan Oddah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi. Odah malu-malu pula yer, hehe..  Kelakar betul perangai Odah ni.. “

” Ko kelakar yang takleh bawak bincang dah Odah.. Btw suka tengok Hadie, sweet je orangnya, hehehehe sesuai lah dengna Odah.. “

” Odah punya hyper ni mcm sesuai dgn ammar ja. Ups, tapi tu la selalunya kalau Allah nak bagi jodoh, mesti sorg hyper mcm odah dan sorang rilek macam Hadie.. “

” Comelll.. Huru hara Odda. Biarpn bkn lagu zaman2 dorg. Cube gk nynyi. Sbb lagu mbe nnyi, hehhee.. Semoga terus bersahabat baek Hadie Odda.. “

” Hahhaha.. Mak dia da tantrum kat bwh tu tgok ank angkat kaki suro adi nyanyi betul2 odah odah… Da last baru dia dpt tune lagu tu yer… Soo kiuttt.. “

” Tersengih Oddah nyanyi lebih hehe.. Paling comel dah ni.. Thank you share, dok tengok banyak kaliii sebab best diorg duet.. Sekali tengok Odah dan Hadie ni dah macam Era dan Yusry dalam filem Kuliah Cinta lah.. “

” Siapa tgk ulang² mcm acik hehehe… Comel sgt dua²nya tak puas tgk.. Tak jemu tengok Oddah penyeri suasana, hehe.. “

Pasti ramai yang tersenyum menonton persembahan Hadie dan Odah. Untuk sekadar info, Hadie, Odah, Ammar, Thalita, Amad dan Marsya sememangnya rapat sejak sama-sama menyertai rancangan Talk To My Manager. Semoga ikatan persahabatan antara mereka ini akan terus kekal selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok fz_photography

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Glad2Glow Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak