Artis / Selebriti
” Kita pula sebak tengok. The real kawan sampai syurga, insyaallah.. ” – Netizen
Video Norreen Iman Menerima Hadiah Istimewa Daripada Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Buat Ramai Tersentuh. Wah Rupanya Tya Dah Janji Lama Dah Sebelum Norreen Bertudung Lagi !!
Umum mengetahui yang pelakon Norreen Iman sekarang sudah pun berhijab. Sebelum ini banyak dikongsikan oleh Norreen mengenai permulaannya untuk ke arah lebih kebaikan. Yang paling istimewa, Norreen baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah.
Norreen juga ada berkongsi beberapa video dan gambar sepanjang dirinya menunaikan ibadah umrah. Turut menemani Norreen di Tanah Suci adalah isteri Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan. Kelihatan mereka berdua sangat akrab seperti adik beradik.
Terbaru, Norreen ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya menerima hadiah istimewa daripada Tya. Kata Norreen menerusi video itu, Tya telah menghadiahkan dia tudung untuk tempoh satu tahun. Akui Norreen lagi, asbab dia ingin memakai tudung sebelum ini adalah bermula daripada Tya.

Kedengaran Tya mengatakan sebelum ini dia pernah berjanji jika Norreen memakai tudung, Tya akan menghadiahkan semua setiap design tudung keluaran jenamanya kepada Norreen. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan mendoakan agar persahabatan antara Norreen dan Tya akan berkekalan. Antara komen-komen warganet adalah :
” Kita pula sebak tengok. The real kawan sampai syurga, insyaallah.. Jgn tinggal kawan yg mengajak kita ke arah kebaikan… MasyaAllah, sy teringin nk ada sahabat sebegini.. “
” Termenangis saya tengok persahabatan dua kawan ni.. MasyaAllah murah rezeki Tya.. Norreen semoga kamu terus istiqamah.. “
” Asbab tgk story2 Norreen ms dkt tanah suci hr tu buat sy nak terus istiqamah. Alhamdulillah. Semoga Norreen di permudahkan segala urusan.. “
” Ya Allah… Kurniakan aku 1 kwn mcm tya.. Yg always ajak ke arah kebaikan… Ke arah jln Allah.. Norreen sure rasa tenang dan bahagia kan sekarang.. “
” I dont know why , tapi of all the people and celebs went through changes, Noreen ni betul2 buat hati sejuk, hati dia mesti genuine. Allah hadirkan kwn2 yg nak kawan dunia nak kawan akhirat dengan dia.. “
” Allahuakbar… Subhanallah.. Salah satu btk rezeki terindah dr Allah. Sahabat yg mengingatkan kita akan Allah. Bertuahnya Noreen.. “
” Ya Allah menangis aku.. Allah nak hadiahkan pahala sebenarnya dari segenap sudut, banyak cara utk kita buat pahala.. Masyaallah.. Semoga persahabatan kalian akan kekal selamanya.. “
Betul lah apa yang dikatakan oleh warganet, kalau melihat cara mereka bersahabat sudah cukup membuktikan sahabat yang baik mampu membuat kita menjadi lebih tenang dan bahagia. Semoga kebaikan dan semangat daripada Tya kepada Norrreen akan membuat Norreen kekal istiqamah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



