Artis / Selebriti
” Kita kena beli jiwa mak mertua juga tau.. ” – Fazeera Nazri
Video isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri kongsi cara ‘membeli jiwa’ ibu mertuanya raih perhatian ramai. Seronok tengok cara Fazeera melayani ibu mertuanya..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri, telah dikongsikan video yang memaparkan Fazeera telah keluar bersama ibu mertuanya ke sebuah pasaraya. Tulis Fazeera, dia dan anak-anak meminta ibu mertuanya untuk membuat cekodok pisang.
Menerusi video itu, Fazeera juga berkata ada kalanya perlu untuk ‘membeli jiwa’ ibu mertua kerana Fazeera menyifatkan ibu mertuanya seorang yang sangat baik dan suka melayan apa sahaja permintaan anak-anak dan menantunya. Selain itu, hobinya juga suka memasak makanan-makanan yang sedap.
Fazeera turut memberitahu ibu mertuanya suka pergi ke MRDIY dan KAISON. Manakala perkongsian video kedua pula memaparkan Fazeera membawa ibu mertuanya pergi membeli belah di sebuah mall dan menikmati makanan di sebuah restoran masakan kampung.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Fazeera dan ibunya dilihat sangat rapat dan suka melihat silaturahim antara mereka berdua. Sehingga kini, dua perkongsian video oleh Fazeera bersama ibu mertuanya menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video daripada Fazeera dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Mil and menantu geng.. Nanti nk video cekodok miL pulak faz.suka tgk video2 Faz.. Yang budak dua orang tu dah macam kembar.. “
” Bestnya tengok.. Makan di restoran mana tu, lauk kampung nampak semuanya sedap-sedap.. Pandainyeeee kakak, pergi makan lepas pegi mall.. “
Ibu mertua sememangnya patut dilayan seperti ibu kita sendiri juga. Beruntung Fazeera mempunyai seorang ibu mertua yang baik dan rapat dengannya, begitu lah juga sebaliknya. Semoga hubungan kekeluargaan ini akan berkekalan bahagia sampai bila-bila.

Apa-apa pun, semoga perkongsian oleh Fazeera ini dapat lah memberikan contoh yang baik buat menantu-menantu di luar sana cara mengambil hati ibu mertua mereka. Semoga rumahtangga Fazeera bersama Fizo akan terus bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ffezyranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti6 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen

