Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita bukan balu, kita bercerai hidup.. ” – Adira Suhaimi

Video Penjelasan Adira Suhaimi Mengenai Isu Keluar Bekerja Sewaktu Masih Dalam Tempoh Iddah. Panjang Lebar Adira Jawab Kali Ni. Adira Dah Warning Tu, Awas Yer. Jangan Ditanya Lagi Sama Si Petir, Hehe !!

Pada bulan April yang lalu, Adira Suhaimi dan Dato’ Red sah bercerai dengan talak 1. Sebagai ibu kepada 4 orang anak, Adira tetap positif dan kuat meneruskan kehidupannya. Banyak tawaran kerja yang diberikan kepada Adira dan ianya rezeki untuk Adira dan anak-anak.

Menerusi akaun Instagram URTV Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira menjawab soalan mengenai status idahnya. Ramai yang mempertikaikan tindakan Adira keluar bekerja sedangkan dia masih dalam tempoh iddah selepas bercerai dengan Dato’ Red.

Tidak mudah melatah dan tidak juga melenting, Adira menjawab persoalan ini dengan cukup tenang. Kata Adira, dia bukan lah balu kematian suami dan dia bercerai hidup. Hidup semuanya perlukan wang dan kata Adira sekiranya dia tidak keluar bekerja, siapa yang akan menanggung anak-anak.

Ajaran Islam sememangnya mudah dan tidak membebankan penganutnya. Walaupun balu yang kematian suami juga dibenarkan untuk keluar mencari rezeki asalkan tujuannya benar-benar untuk bekerja. Betul juga alasan Adira ini. Jika duduk di rumah sahaja, duit tidak datang bergolek dan turun dari langit.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dia iddah bercerai. tak Sama iddah mati. iddah bercerai setakat keluar Cari rzki takde masalah. jg batasan. tak kawen lain. gitu la.. ”

” Betul Ami… pikir keluar rumah mencari rezeki utk family.. mungkin yang bertanya tu tak faham hukum idah ni.. sabar lah ami.. ”

” Dgr UAI ckp aritu, walaupun idah boleh keluar kalau utk kerja. Tp tak boleh melencong ke tmpt lain selain tmpt kerja.. rumah <> tmpt kerja.. Klau saja suka2 jln2 kat mall ke, pi kenduri kawin ke, pi jln2 tanpa keperluan hukumnya haram.. ”

” Dia cerai hidup lain… klau dia minta izin suami dia nk g mkn ke apa ke blh je… cerai hidup dlm iddah still kna taat suami kna bg tau suami nk p g mna… sb tu kna bg nafkah lg dkt isteri klau dlm iddah cerai hidup.. ”

” Siapa lah yang tak google dulu apa beza maksud balu dengan janda tu ? main komen je adui lah.. semoga dipermudahkan untuk mencari rezeki … Amiiin … kesian anak2 klu tidak makan.. ”

” Dia ada anak untuk disara.. urusan kerja boleh je. niat dia hanya untuk mencari rezeki untuk anak-anak. kalau tak kerja, siapa nak bagi makan.. ”

” Sabar jela Adira.. dah dia terikat keje dengan perkara luar.. anak-anak perlu diberi makan, tak berasap dapur kalau tak keje duk goyang kaki je dekat rumah.. ”

Sehabis baik Adira terangkan untuk semua agar semua memahami sebab mengapa dia keluar walaupun masih dalam iddah. Moga dengan penjelasan ini akan merungkai semua tanda tanya warganet dan semua akan menyokong Adira. Sama-sama kita mendoakan semoga urusan Adira dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Urtv, IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT