Artis / Selebriti
” Khalisa sekarang sudah 2 tahun 4 bulan. Cuma, satu nikmat besar yang belum kami rasai adalah.. ” – Azmi Saat
Azmi Saat kongsi perkembangan anaknya, Khalisa yang kini berusia 2 tahun buat ramai tersentuh hati. Ada sesuatu yang membimbangkan Azmi dan isteri. Semoga yang baik-baik buat Khalisa..
Meninjau ke akaun Instagram Azmi Saat, posting terbaru Azmi telah meraih perhatian ramai. Azmi berkongsi perkembagan terkini anaknya bernama Khalisa yang sudah berusia 2 tahun 4 bulan. Khalisa merupakan satu-satunya cahaya mata Azmi dan isterinya.
Menurut Azmi, anaknya membesar dengan sihat dan jarang jatuh sakit. Namun ada sesuatu yang menjadi kegusaran di hatinya apabila Khalisa masih belum mengeluarkan sepatah perkataan bermakna. Bahkan apabila namanya dipanggil, dia tidak memberikan respon.
Azmi teringin sekali mendengar Khalisa memanggil ibu dan ayah daripada bibir kecil Khalisa. Walau bagaimanapun, Azmi dan isteri tetap bersyukur kerana Khalisa menunjukkan kebijaksanaan dalam aspek-aspek lain perkembangannya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Azmi telah membawa Khalisa ke sebuah pusat intervensi awal untuk membantu Khalisa bercakap seperti kanak-kanak lain.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai mendoakan yang terbaik buat Khalisa. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Salam azmi, saya speech therapist.. Saya doakan anak azmi petah bercakap.amin. Jangan lupa bawak jumpa speech therapist ye… Banyak tips dan teknik boleh dipelajari… Kami professional yang berkait rapat dengan perkembangan bahasa dan komunikasi.. “
” Semoga Azmi sekeluarga dilimpahkan rezeki yg luas untuk membesarkan anak insyallah aamiin yrb. Terus semangat azmi.. “
” Smg khalisa membesar sihat dn menjadi ank solehah utk kedua ibu bapanya.. Allah lancar kan percakapan khalisa aaminn YRA, mustajab doa semua di bln ramadhan .. “
” Anak saya dlu di fasa ni pun lambat cakap juga, alhamdulillah da jumpa speech therapist, banyak benda sebagai parents kita belajar.. nevergiveup umiabah.. “
” Semoga dipermudah urusan sekeluarga dan dimurahkan rezeki, anak semakin bijak dan petah berkata2.Aamiin. Tinggi anak dia..mcm budak 3 tahun.. “
” Asslm..kita saling sama2 berdoa ye yg baik2 keluarga & ank azni…sentiasa dipermudahkn urusan kehidupan & anak cepat bertutur..insyaalah.. “
” Salam, anak Adik pun mcm ni, jmp doct terapi semua, last dia suruh hantar masuk taska awal, dia bergaul dengan kawan2, Alhamdulillah dah boleh bercakap.. “
Semoga Khalisa terus membesar dengan sihat, dipermudahkan segala urusannya, dan dikurniakan perkembangan yang terbaik. Dengan usaha, doa dan sokongan yang berterusan, pasti suatu hari nanti akan terdengar juga panggilan paling indah itu , “Ayah” dan “Ibu”.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azmi Saat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen

