Artis / Selebriti
” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
Video perbualan antara Ryzal Ibrahim dan anaknya, Rina mengenai negeri Melaka buat ramai terhibur. Mesti Ryzal tak sangka Rina akan berkata begitu. Berdekah Ryzal dibuatnya, haha..
Bagi yang mengikuti pasangan pempengaruh popular Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae, pasti mengetahui mereka sering berkongsi perkembangan dua anak comel mereka iaitu Nik You Rina dan Nik You Rian. Perkongsian keluarga sering mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan telatah spontan anak sulung mereka yang bijak dan petah bercakap.
Terbaru, Ryzal telah memuatnaik satu video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan perbualannya bersama Rina. Menerusi video tersebut, Ryzal cuba mengingatkan Rina tentang percutian mereka sekeluarga ke negeri Melaka. Namun, siapa sangka perbualan santai itu bertukar lucu apabila Rina dengan selamba mengatakan yang Melaka ialah ‘tempat syaitan’.
Ramai yang menonton video berkenaan terhibur dengan gelagat spontan Rina itu. Ryzal sempat membetulkan kenyataan Rina dan menjelaskan bahawa tempat yang dimaksudkan sebenarnya ialah Melaka, bukannya ‘neraka’. Berdekah Ryzal gelak mendengar kata-kata Rina.

Ramai yang memuji Rina seorang anak yang bijak kerana mengetahui yang neraka itu ialah tempat syaitan. Sehingga kini, perkongsian Ryzal mengenai perbualannya bersama Rina itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar apa yang dikatakan oleh Rina, malah pelbagai kata-kata usikan turut diberikan kepada si kecil itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bila dengar Rina cakap Melaka tempat macam tu, terus aku berdekah weh, haha.. Rina, Rina confident tu tinggi betul, haha.. “
” Sorry Rina, nampak nye aunty kena pindah dari melakaaa, so cute la rinaa.. Hahahaha.. Masyaallah, cerdik betul lah mek mix kelate korea ni.. “
” Bijakkkk.. Cuma salah sebut.. Atleast she understand neraka.. Semoga Rina terus jadi anak yang baik solehah.. “
” Melaka tempat syaitan.. Nohhh terkejut aunty org melaka tau.. Sekali appa dia pun ketawa kuat, kelakar lah Rina ni.. “
” Hahaha…. Rina kena datang neraka makan asampedas laaaa.. Sedap tau.. Good girl lah Rina ni, dia faham neraka tu tempat syaitan.. “
” Hahaha. Masalahnya bukan Rina sorg je. Semua budak kecik cakap, “tipu dosa, mati seksa, masuk api melaka… Haha.. “
” Aunty gelak kuat gila Rina.. Bagus rina.. Kecik2 dia dh tahu beza surga neraka..skrg org besar2 tua pun sibuk tak kenal syurga neraka.. “
Gelagat spontan Rina sememangnya mencuit hati ramai dan menambahkan lagi warna dalam kehidupan keluarga kecil ini. Tidak hairanlah mengapa setiap perkongsian Ryzal dan Maryam sering mendapat perhatian serta mencuri hati warganet. Semoga keluarga ini terus bahagia dan kekal menghiburkan peminat dengan telatah comel anak-anak mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IGryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

