Viral
” Keputusan ini diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih.. ” – Kementerian Pendidikan
Kenyataan media terkini mengenai tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan ke atas Pengetua, PK HEM dan warden sekolah arwah Zara Qairina buat ramai menarik nafas lega. Akhirnya setelah tekanan diberikan, ini tindakan yang dikenakan..
Sejak kes Zara Qairina berlegar di semua media sosial, ramai yang mempersoalkan di manakah pengurusan tertinggi sekolah SMKA Tun Datu Mustapha kerana mereka seolah-olah tidak wujud dan tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Yang tular hanya nama-nama pelaku yang mungkin ada kaitan dengan kes buli ke atas Zara. Dalam solidariti yang berlangsung sebelum ini di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, tidak hanya rakyat Sabah tetapi juga seluruh Malaysia memberikan sokongan untuk Zara.
Ramai yang menuntut agar Pengetua, PK HEM dan warden sekolah Zara ini dipanggil untuk siasatan lanjut agar dapat merungkai misteri kematian Zara. Mereka dikatakan cuba menutup kes ini dan meminta agar ibu Zara tidak membuat sebarang laporan polis.

Menerusi perkongsian terkini di akaun Facebook Ustazah Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu gambar yang memaparkan surat kenyataan media Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan sebentar tadi. Ianya mengenai Pengetua, PK Hem dan semua warden SMKA Tun Datu Mustapha yang direhatkan dan ditempatkan ke penempatan lain sementara siasatan sedang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Okey sudah tahu di mana diorang sekarang.. Tahniah rakyat Malaysia, Tahniah Sabahan.. kita teruskan misi Justice For Zara sampai kebenaran menang.. “
” Allahu Akbar, moga kebenaran terus terserlah.. pegi JPN lagi malu oooooo… ni mmg tekanan emosi ni klu kena bgni.. org sekeliling akn bercakap2.. sna sini org crta psl zara.. “
” Sementara siasatan sedang berjalan, duduk lah korang di situ.. duduk tang tu,, macam orang bermasalah la dekat tempat kerja.. Permudahkanlah ya Robb. Maqbulkan doa Mama Zara. Maqbulkan doa kami . Aamiin.. “
” Alhamdulillah setelah tekanan demi tekanan. Semoga cepat selesai, masih sabar menunggu keadilan untuk zara.. “
” Alhamdulillah setelah tekanan oleh SELURUH RAKYAT. Baru Jalan.. Walaupun agak lambat disiasat tapi syukur Alhamdulillah akhirnya ada tindakan. Harap ada yang pantau dari sudut pelbagai cara.. “
” Mereka “dipoolkan”. maksudnya ditempatkan di JPN tanpa jawatan sehingga kes selesai. Mereka akan buat kerja2 tanpa ikut jawatan lama mereka.. “
” Baru nak buat solidariti depan SMATM ,terus pengetua dipindahkan sementara. kita buat depan JPN lah.. Moga dgn keputusan ini. Tiada gangguan utk siasatan di Sekolah arwah Zara.. “
Tindakan yang terbaik dari pihak Kementerian Pendidikan dan sewajarnya diambil dari awal lagi. Apa-apa pun, semoga siasatan kes Zara dapat berjalan dengan lebih lancar dengan tindakan ini. Sama-sama kita terus perjuangkan Justice For Zara sehingga kebenaran terbukti.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

