Artis / Selebriti
” Kenapa comel sangat. Ni dah macam Ara dan Ayden versi senior, hehe.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddig mengusik Bella Astillah buat ramai terhibur. Tak baik tau YB, terkapai-kapai Bella dibuatnya. Sweet sangat lah, hehe..
Umum mengetahui pelakon Bella Astillah dan YB Syed Saddiq merupakan duta pakaian bagi jenama terkenal, Primavalet. Setiap kali mereka digandingkan dalam video promosi, pasti ada saja gelagat pasangan ini yang membuatkan penonton tersenyum melihat keserasian mereka di hadapan kamera.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Primavalet, telah dikongsikan sebuah video yang menampilkan gelagat Bella dan YB Saddiq. Menerusi video tersebut, kelihatan mereka sedang melakukan gaya patung muzik atau ‘music box doll’ sambil mempromosikan koleksi terbaharu Primavalet.
Walaupun konsep video itu nampak ringkas, aksi Bella dan YB Saddiq yang cuba berpusing mencuit hati warganet. Bahkan bukan itu sahaja, momen yang paling menarik perhatian ialah apabila YB Saddiq secara tiba-tiba menyakat Bella ketika gilirannya berpusing.

Aksi selambanya itu membuatkan Bella hampir tidak dapat menahan ketawa, sekaligus menjadikan video itu nampak lebih natural dan menyeronokkan untuk ditonton. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh wargaanet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kenapa comel sangat. Ni dah macam Ara dan Ayden versi senior, hehe.. Hilang stress tgk gelagat bass.. “
” Music box.. Cute betul lah pasangan ni.. Cepat2 lah naik pelamin.. Lenguh dah rahang ni asyik senyum je.. “
” Yb ni kan.. Suka kacau Bella.. Comel lovebirds nie.. Min…. bukak laa beg kuning…. Nak order music box ni… Berapa harga pun I sanggup.. “
” Dia ingt tu helikopter doremon ke pusing2 hahaha.. Nanti dh kawin buat lagi trend ni ye, dh boleh pegang tangan pusing2, HEHE.. “
” YB ni noty tau.. Hehee.. Apsal chomel sgt dua org ni.. Yb dan buli Bella tak dpt dipisahkan.. Tp takpe lps gelak dia pujuk.. Puji.. Kan Yb kan.. “
” Hahaha mentang2 org tu kecik dia buat mcm keychain ekkk.. Btw nak cute je korang, hehehe.. Bersemut skrin telefon.. “
” Kenapaa saya kat sini dah sejam sambil menyengihhhh.. Perasan tak yb kalau pusing2 mesti nmpk mcm pening lalat.masa menari hr gawai tu pon duk pusing terjatuh jgk last tu, haha.. “
Usik warganet, telatah Bella dan YB Syed Saddiq sudah seperti anak-anak Bella, Ayden dan Ara tetapi dalam versi ‘senior’. Gelagat mereka yang bersahaja itu benar-benar menceriakan suasana. Tidak hairanlah jika setiap kali mereka bergandingan, pasti ada saja momen yang mencuri perhatian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti7 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae

