Artis / Selebriti
“ Kematian tak mengakhiri cinta, dia tekan kat situ, menangis terus aku.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video throwback rakaman terakhir arwah Siti Sarah Raissuddin sedang menyanyi buat warganet sebak. Lirik lagu seolah-olah bagi hint yang Sarah akan pergi. Cara Sarah menghayati lagu itu juga begitu menyentuh hati..
Pejam celik, pejam celik, tahun ini masuk tahun ke 4 arwah Siti Sarah pergi meninggalkan semua. Pemergian Siti Sarah antara yang meninggalkan kesan di hati semua orang dan kemat1annya dicemburui ramai. Betapa ramai yang sayangkan Siti Sarah dan terkesan dengan pemergiannya itu.
Meninjau entry di akaun tiktok Siskepoh, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan rakaman terakhir yang sempat Shuib rakamkan ketika Siti Sarah berada di rumah. Siti Sarah memang suka menghiburkan semua dengan alunan suaranya yang merdu itu.
Menerusi video perkongsian itu, Siti Sarah mendendangkan lagu popular Agnes Monica berjudul Tanpa Kekasihku. Walaupun Siti Sarah menyanyi santai sahaja sambil duduk di kerusi, namun suaranya itu tetap maintain. Penuh penghayatan Siti Sarah menyampaikan lagu ini.

Apabila diamati, lirik lagu itu sangat mendalam maksudnya. Mendengar Siti Sarah menyanyi bait lagu berbunyi ‘ kematian tak mengakhiri cinta’ , bertambah sedih warganet mendengarnya. Siti Sarah pergi dengan kasih dan sayang yang menebal terhadap suami dan anak-anak.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@siskepoh Min janji ni last min post psl arwah.. 😭😭.. penat dh nangis dri semlm ni.. Nak share gak sni spya leh nangis berjemaah.. Jgn lupa sedekahkan alfatihah buat arwah Siti Sarah.. #talitashuib #anakshuib #talita #sitisarah #shuib #sitisarahraisuddin #arwahsitisarah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Weh ingat ag masa dye kat hospital,aku pon ada masa to.. aku stage 4.. bile aku dpt tau dye dah x ada menanges weyy. semua dlm wad sama aku nanges sama2.. sedihh gile.. “
” Walaupun dah 4 tahun berlalu tapi siti sarah dalam kenangan tak boleh lupe tentang dia.. “
” Smpai skrg terasa betul kehilangan siti sarah. Kenapa ye aku yg tk boleh move on. pelik sgt bila tgk gmbr video suara dia. Auto sedih sebak nangis.. “
” “Kematian tk mengakhiri cinta “ dia tekan kat situ, menangis terus aku. muka die lain kan masa ni. bile dh meninggal baru perasan,mcm muka nk pergi jauh dh.. “
” Satu Malaysia rasa kehilangan kepergian arwah… sebak sedih menangis seluruh Malaysia… aura bidadari yg luar biasa menusuk kesemua jiwa yg mngnlinya.. “
” Kitaa yang nangis Dngar dia nyanyi lagu nii .. rupanya dia yang nak pegi. lagu nie paling sedih dan merdu penuh maksud tersembunyi.. alfatihah siti sarah.. “
” Menusuk btul arwah bwk lagu ni.. sedih tgk. Lagu ni mmg ada makna yg tersirat sblm dia pergi meninggalkan kita semua.. “
Lagu yang begitu mendalam liriknya dan siapa sangka, liriknya itu ada kaitannya dengan pemergian Siti Sarah. Bukan semua tidak redha dengan pemergian Siti Sarah, cuma ramai yang masih merindui dirinya. Al-fatihah untuk Siti Sarah dan semoga damai di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siskepoh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

