Artis / Selebriti
” Kemain lagi Mak Salmah, comel sangat.. ” – Netizen

Video Percutian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bersama Keluarga Di Seoul, Korea Selatan Raih Perhatian Ramai. Wah, Comelnya Masing-Masing Memakai Hanbok Terutamanya Ibu Tokti, Mak Salmah !!
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti bersama anak-anaknya serta ibunya memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok telah meraih perhatian ramai. Pada ketika ini, Dato’ Seri Siti sedang bercuti di Korea Selatan.
Dato’ Seri Siti sememangnya sangat cantik memakai hanbok, begitu juga kedua anak Dato’ Seri Siti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Tidak ketinggalan juga buat ibu Dato’ Seri Siti iaitu Mak Salmah tampil bergaya dengan memakai hanbok. Comel sangat Mak Salmah.
Keluarga ini mengabadikan kenangan dengan berkongsi beberapa keping gambar dengan penampilan memakai hanbok. Menurut Dato’ Seri Siti, ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga memakai pakaian tradisional Korea ini ketika berada di Korean Folk Village.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak sesuai pemakaian Dato’ Seri Siti sekeluarga tampil memakai hanbok. Dato’ Seri Siti dan Siti Aafiyah nampak seperti seorang puteri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Omeynyee tokti dan mak salmah pakai hanbok.. Sayangggg semuanyaaaaa comel makkkk. Tgk tokti pakai mcm ni teringt lagu kurniaan dalam samaran .. “
” Comelnya tok ti n mak Salmah pakai hanbok .. semuanya comel je..afwa n aafiyah juga.. Mak salmah pakai baju puteri. Aku haritu xda size pakai bju maharani hahahaha. Comey mak salmah.. “
” Comelnyaaaa mak Salmah Ulang2 sy tgk sbb suka tgk mak Salmah. Lps ni baju mak iti pakai tu..ramai la nak pakai jugak bila pergi korea nanti.. “
” Mak salmah comel sangat.. kembangnya kain mak salmah.. paling geram tgk, afwa aafiyah & mak salmah princess cute, kak iti dh mcm permaisuri .. “
” Kemain lg mak salmah…omey .. Afwa dh mcm putera kecik korea..comei.. Oppa kecikk dgn maksalmah tu buat keychain satg kot .. “
” Malaysian folk village dah ada ke ? elok jgk klau kita ble tiru idea dia pakai baju Malaysian,myb di Sarawak dah ada ,cantik tokti pakai ,ble tiru di negara kita pula.. “
” Soon mak salmah menjadi siti, siti menjadi Afiah…..sihat selalu kesayangan malaysia.. Alhamdulillah.. Cantik semuanya.. Mak Mah paling comel .. “
Alahai, memang comel Mak Salmah memakai hanbok. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Dato’ Seri Siti sekeluarga. Semoga segala urusan di sepanjang percutian ini dipermudahkan dan selamat pulang ke tanah air. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG CTDK
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral3 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral3 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli