Artis / Selebriti
” Kemain dia ek siap cekak pinggang, keluar dah aura kak long kawasan dia, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Bersama Sepupu-Sepupunya Menarik Perhatian Warganet. Amboi Nyanma, Macam Tu Je Panggil Kakak Naila Ye. Gaya Cekak Pinggang Tu Garang Betul. Bunyi Pizza Sampai Terus Berlari, Hehe !!
Menerusi akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Nur Fatima Aisya ketika duduk bersama sepupu-sepupunya. Fatima memang akrab dengan semua sepupunya kerana mereka sering berkumpul dan melakukan banyak aktiviti bersama-sama.
Dalam video ini, kelihatan Fatima dan 2 orang sepupunya berada di beranda rumah dan Fatima memanggil sepupunya yang bernama Naila supaya keluar sambil tangannya diletakkan di pinggang. Tergelak semua mendengar ayat Fatima itu.
Seketika selepas itu, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan dan seseorang mengatakan abang Grab hendak menghantar pizza. Mendengar perkataan pizza Fatima terus berlari menuju ke arah pintu dan meninggalkan sepupu-sepupunya.

Komen warganet, perangai Fatima ini sama seperti Fazura. Bab makanan, memang nombor 1 dan pencinta makanan. Semakin petah Fatima bercakap dan sebutannya juga jelas. Macam-macam ragam dapat dilihat apabila berkumpul ramai-ramai seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
Video Fatima ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amb0iii kemain Nyanma… keluar dah aura kak long kawasan dia haha. Suka Fatima yang comel ni, dia cakap jelas.. ”
” Abang grab lagi penting tau .. bye2 cousin haha.. comel laa nyamma friendly macam mummy dia.. ”
” So cute la Fatima Aisya da qualified to be call “kak long kawasan” haha.. kakak Naila da kene sound.. ”
” Halah halah makcik sangat-sangat, nailahhh keluar keluar. Kemain dia ek siap cekak pinggang, ish ger4m haha.. ”
” Hambo1 acik Nyanma ni, kemain lagi dia ye.. Boleh cakap dekat kat Naila keluar keluar lagi ni haha.. ”
” Amboi Fatima kemain lagi. Boleh cakap kat Kakak Naila keluar-keluar.. Dengar je pizza sampai, kengkabot dia nak g ambik hehe. Lantak situ cousins dia, food comes first.. ”
” Ger4m jer dengar suara Fatima… bukan main ek dia teriak dekat kakak Naiila haha.. letter ek mulut dia tu.. ”
” Keluar Keluar HAHAHA.. ewahhh kak long kawasan sangat ekkk Nyamma.. Byk sgt pengaruh fazura ni hahaha lg2 tang makanan.. lupa terus member nak mar4h td.. ”

Bukan main Fatima ye, nak jadi ‘ Kak Long ‘ kawasan bak komen warganet. Elok-elok dah tunjuk garang, bunyi makanan sampai terus berlari hendak ambil makanan, memang copy Fazura sangat ni hehe. Semoga Fatima terus menjadi anak yang solehah dan penghibur seluruh keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

