Artis / Selebriti
” Kelam-kabut KJ berdiri, tak percayakan Fafau lagi.. ” – Komen Netizen
Tuduh Akaun Palsu Tengku Ampuan Pahang Komen Di Live Tiktok, Gelagat KJ Yang Terkejut Mendengar Suara Tunku Azizah Buat Ramai Terhibur. Adoi, Mahu Tak Tergamam KJ Dibuatnya. Haaa Tahu Takut, Tu Lah Tak Percaya Lagi, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian satu video yang memaparkan perbualan di konti radio bersama Tengku Ampuan Pahang, Tuanku Azizah Maimunah telah meraih perhatian ramai. Perbualan yang tidak dirancang ini bermula apabila Fara Fauzana ingin membuktikan yang pemilik satu akaun Tiktok tersebut merupakan Tuanku Aminah.
Tuanku Aminah telah meninggalkan komen di sesi live Tiktok HotFM, manakala KJ pula mengatakan itu merupakan akaun palsu. KJ seolah-olah tidak percaya yang Tuanku Azizah begitu sporting untuk melayan perkara sebegini. Disebabkan itu Fara Fauzana cuba ‘menyeru’ agar Tuanku Azizah muncul.
Apabila mendengar suara Tuanku Azizah di talian, KJ nampak agak terkejut. Secara automatik KJ terus berdiri dan memohon maaf. Wah, sporting sungguh Tuanku Azizah melayan rakyat jelata. KJ sempat lagi bergurau dengan mengusik baju berwarna kuning yang dipakai Fara Fauzana.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sesekali Fara mengenakan KJ pula, sebelum ini Fara sahaja yang kena usik dengan penyampai lain. Nasiblah Tuanku Azizah juga sangat sporting dan membuatkan ramai terhibur.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang terhibur apabila melihat gelagat KJ yang terkejut mendengar suara Tuanku Azizah. Antara komen-komen yang diberikan :
” Chief memang sejenis yg suka buli, tapi bila dia terkena cuak jugak .. Hahahha kelam kabut KJ berdiri khairykj lawak ler.. “
” 4-4 ni dh mcm bebudak nakal kelas kanak2 Ribena! Johan yg salu loyar buruk tu pun jd budak baik je.. Terus berdiri member.. “
” Hahahaaha.. Nasib baik Tuanku Permaisuri Pahang mmg sporting.. Kalo aku jadi KJ pn aku x caya.. Fuuhhh kj..terus bangun bile dgr suara Tuanku.. khairykj.. “
” Wah dahsyat fafau Tuanku Permaisuri sahut ko ek. Hahahah sportingnyaa Tuanku tu lah KJ tak percaya sgt hahaha.. “
” Chief hahaha terus behave.. berdiri terus soh nyanyi lagu negaraku lah haha.. chief kelam kabut ea terus bdiri… fafau bukan biashe2 dh.. “
” Sekarang ni kan banyak fake account. Lepas tu mesti Chief ingat diorang nak kenakan dia.. Tuanku Ampuan memang sporting tau, semua rakyat sama rata je layan.. “
” Huru hara kj berdirI… x percaya fafau ag.. don’t play2 ngan Fafau after this haa.. KJ mcm kena tekan button auto berdiri…..so cute.. “
Sememangnya Tuanku Azizah Maimunah merupakan seorang yang berjiwa rakyat dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Nampaknya selepas ini KJ perlu lebih percaya dengan kata-kata Fara Fauzana. Kalau tidak, takut akan terkena lagi, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

