Artis / Selebriti
” Kelakar la, muka je nampak macho. Boleh geng dengan suami Ain Edrus.. ” – Netizen

Dr Izzar Kongsi Video Ketika Ummi Nazeera Melayani Permintaan Peminat Untuk Bergambar Buat Ramai Terhibur. Adoi Dr Izzar Ni, Kapsyen Dengan Reaksi Muka Tu Kena Betul. Makin Lama Makin Lawak Dr Izzar Ni, Haha !!
Setiap kali pelakon wanita hebat, Ummi Nazeera menghadiri sebarang majlis, pasti kelibat suaminya, Dr Izzar Anwari setia menemani di sisi. Dr Izzar disifatkan oleh warganet sebagai seorang suami yang supportive dan sangat menyokong karier seni isterinya itu.
Jika sebelum ini Dr Izzar ada berkongsikan video sedang membetulkan tudung Ummi ketika Ummi sedang ditemubual oleh wartawan. Telatah Dr Izzar yang mundar mandir memerhatikan Ummi membuatkan warganet terhibur dan ada yang menggelarkan Dr Izzar seperti Mr Bean.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pasangan ini menghadiri satu majlis. Seorang peminat meminta untuk bergambar bersama Ummi dan Dr Izzar yang berada di sisi Ummi memberi laluan dengan mengundurkan sedikit badannya ke belakang.
Kata Dr Izzar di ruangan kapsyen, dia selalu mengelak atau masuk satu frame dengan Ummi dalam situasi begitu kerana dia tahu pastinya peminat akan crop gambar Dr Izzar. Yang mencuit hati warganet adalah reaksi wajah Dr Izzar ketika Ummi sedang bergambar tu. Bak komen Dr Izzar, memudahkan urusan sampai senget-senget kepalanya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 18 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Dr Izzar ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” HAHAHAHAHAH DALAMMM TARIK NAFASSS TUU Dr oiii.. umminazeera balik cepattt.. ” – Fara Fauzana
” Sejak dia ni lawak.. saya follow dia .. hhahaha elak2 xnak masuk frame pic, tapi senyom tu mcm dah msuk frame dah.. ”
” Jarang nak dapat doctor lawak.. Okoklah next kalu saya terjumpa tangkap gambaq dengan doc pulak.. ”
” Cap Doc x pernah mengecewakan kami.. mcm mrbean lar doc.. haha walau muka serious tpi yg tgk ni, bdekah.. ”
” Hahahahahahaha kelakar laaa…muka je nampak macho…. bole geng suami ain edrus.. Teknik lari dari frame tu mesti lama practise.. ”
” Lawak lah dc izzar ni. suka sangat tengok video dc dengan ummi. mesti ada je ayat lucu dc haha.. skop tugas paling berat ni dc ye hehe.. ”
” Dc ni memang buat orang terhibur lah.. satu dalam sejuta Dr. Izzar ini. Tahniah Dr. dan adinda Ummi Nazeera. Semoga bahagia dunia hingga akhirat. Ya Mujibur Rahman.. ”
” Dr Ni terlebih mkn vitamin ke. Jadi klako sgt pulak… ahhahaahah.. Ummi mesti selalu gelak kan doc kelakar.. boleh dapat anugerah suami paling sporting ni.. ”
Semakin hari, semakin lucu pula suami Ummi Nazeera ini, kapsyen Dr Izzar membuatkan warganet sering terhibur membacanya. Kalau ada anugerah suami paling sporting, boleh rasanya warganet cadangkan nama Dr Izzar sebagai pemenang. Apa-apa pun, semoga Dr Izzar dan Ummi berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Izzar Anwari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen