Artis / Selebriti
” Kelakar la Dato’ Red ni, dan dan nak pergi check in, haha.. ” – Netizen

Video Terbaru Dato’ Red Dan Adira Ketika Live Bersama Buat Ramai Terhibur. Happy Je Dua-Dua Menyanyi Sama-Sama. Comel Betul Perangai Masing-Masing. Dato’ Red Pun Tak Habis Menyakat Adira. Nak Kena Ketuk Ni, Haha !!
Sekalipun kes penceraian Adira Suhaimi dan Dato’ Red masih dalam proses mahkamah, namun pasangan ini tetap berhubungan baik. Adira juga membantu Dato’ Red mempromosikan barang jualan di aplikasi Tiktok dengan muncul bersama membuat live.
Meninjau akaun Tiktok abgred, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Dato’ Red dan Adira yang mencuit hati. Dato’ Red semakin ceria dan lebih kelihatan gembira berbanding awal-awal kemunculannya di Tiktok. Mungkin kerana rezekinya dipermudahkan Allah dan Dato’ Red mula seronok dengan kerjanya sekarang.
Menerusi live ini ada moment sweet dan sedih yang dapat dilihat. Menyentuh berkenaan jodoh, kata Dato’ Red segalanya adalah ketentuan Allah. Andai kata antara dia dan Adira tiada jodoh untuk bersama sebagai suami isteri, mereka akan kekal sebagai kawan baik. Adira juga turut mengiyakan apa yang dikatakan oleh Dato’ Red.
Pasangan ini juga membuatkan ramai yang terhibur melihat telatah mereka. Perangai suka mengusik Dato’ Red itu adakalanya mengakibatkan Adira sendiri naik geram. Seronok warganet melihat gurauan mereka berdua ini, memang ngam dan serasi apabila bersama.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@abgred_ Live dengan Adira , Dato senyum sampai telinga ye#datored #adirasuhaimi
@abgred_ Adira live dengan Dato hari ni. Bersemut je tiktok
@abgred_ Happy betul dua ketoi ni . Semoga jodoh panjang.. #abgred #datored #adira
@abgred_ Comel lahaiii
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka tgk adira .. tgh pregnant ni . kalau branak nnti ank girl nk letak nama adira.. Sporting sangat dato red rupanya, tak sangka dia yang record video lawak adira sebelum ni haha. sama-sama masuk air.. ”
” Ada kebaikan sebalik nya,, xsemestinya mohon cerai tu nk berpisah, mngkin ni cra terbaik adira nk dato red berusaha lebih utk mencari krja supya dpt menunaikan tanggungjwb seorng suami.. ”
” Perempuan ni, bila lelaki usaha dan Buang EGO. Saya rasa abg red ni Manja kot.. Tu adira x leh tgai.. dato red pun setia belakang adira, itu yang kita semua tak tahu.. ”
” Moga terus berjodoh la awak ber2 suka tgk. IN SYAA ALLAH KASIH SAYANG ITU SANGAT MAHAL BILA KEHILANGAN BARU KITA MERASAINYA.. ”
” Happy je tgk dato red dgn adira walaupun tgh ade masalah .. harap diorg kekal la.. Nampak ada sinar kalau boleh bersama semula demi anak anak.. ”
” Bagus Adira support Dato red walaupun ada masaalah.. skrg baru aku tahu suami adira ni kelakar. mesti masa rakam dulu dia pun ketawa sama tengok adira haha.. semoga dato adira datin kekal bahagia . aamiin.. ”
” Sungguh tabah jiwa kau Datok Red…. Allah aje yang tau apa yang tersurat lagi tersirat di hati kau.. semoga dipermudahkan.. ”
” Ini sebenarnya ujiann yang Allah berikan.. ada hikmah.. teman tapi mesra.. sweet couple.. sama-sama masuk air pun ye.. lawak ada, sedih pun ada live kali ni.. ”
” Hahaha kelakar la dato ni, dan dan nak pergi check in.. suka tengok Dato red ketawa riang macamni. Dato mulut takde insuran tu haha.. ”
Macam-macam celoteh dapat didengar menerusi live Adira dan Dato’ Red. Yang paling orang tak sangka, Dato’ Red yang banyak membantu Adira merakam video kelakarnya sebelum ini. Tidak kelihatan tetapi Dato’ Red selalu ada di belakang Adira. Semoga yang baik-baik untuk Adira dan Dato’ Red, yang penting mereka berkawan baik selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok abgred
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Selalu tengok ayu, tiba-tiba jerit macam tu berdekah weh. Hilang terus keayuan Mira, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” So touching cara Ayden nyanyi, menusuk ke kalbu. Ni versi yang lebih sedih ni Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik-adik Fattah dah cantik sangat untuk jadi model, nampak sopan. Yang tudung green tu manis je mukanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kak Long tengah serius tu menyanyi, Abang Long kemain erk.. ” – Komen Netizen