Artis / Selebriti
” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
Video Ezwan Zain menyanyi secara live lagu khas yang diciptanya untuk Erra Fazira buat ramai terhibur. Alahai comel je Erra ‘gertak’ Mr E tu. Kuat menyakat betul, haha..
Pasangan pengantin popular, Erra Fazira dan Ezwan Zain telahpun dijemput ke konti Sinar FM semalam sebagai tetamu jemputan. Kedatangan Erra dan Ezwan disambut meriah oleh Sharifah Shahirah, Hefny dan Falyq. Riuh rendah konti dengan gelak ketawa mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan suasana ketika temubual bersama pasangan ini baru dimulai. Erra sememangnya rapat dengan Hefny dan Falyq kerana mereka sudah beberapa kali menjadi rakan sekerja sebelum ini.
Lagu Selamat Pengantin Baru menjadi pembukaan untuk sesi ini dan Falyq juga cuba menyanyikan lagu yang Ezwan ciptakan khas untuk Erra ketika di majlis resepsi baru-baru ini. Hefny mengatakan suara Ezwan lagi sedap berbanding suara Falyq.

Ezwan yang sporting menurut sahaja permintaan Hefny supaya menyanyikan lagu itu secara live. Baru sedikit lirik Ezwan menyanyi, Erra sudah mula menyakat Ezwan. Sweet sungguh cara Erra dan Ezwan bergurau. Sama-sama kuat menyakat dan masuk air, memang serasi bersama.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tengok la podcast mereka.. kau aku bila bergurau haha.. tapi bestla Erra dengan Ezwan ni. bagus diorg ni.. diorg x tjuk sweet dpn org.. sempoi diorg.. “
” Ape pn dia org nie MMG sgt manis.. loveee.. pasangan paling comel.. happening je dorang ni. letak la tajuk lagu ‘ Cinta Double EE’.. sedap jugak suara mr e ni, romantik gitu..”
” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya.. Mr E ni unpredictable… tp fun.. Diorg mmg xcover ye.. Bhse sempoi2.. Mcm kwn2.. “
” Adehh berseri² & happy je erra. pastu kt pun dok melekat tengok podcast dorang, sesuai, dua-dua kelakar.. “
” Acam ni baru seronok nampak sejati sejiwa boleh bawa bergurau senda.. MMG best pasangan yg kepala x terlalu serius memanjang… moga bahagia Erra dan mr E.. “
” Erra nampak bahagia sangat.. Pengantin baru kan tapi nampak rilex mcm dah kawin seploh tahun woo… Dia punya serasi bahagia terasa2 sampai kat sini.. “
” She found her soulmate. Alhamdulillah…. Happy for you Kak Erra.. jodoh sebenar.. Sangat spotting couple ni. bergurau mcm kawan²… santai giler wakk.. “
Bahagia Erra yang jelas dapat dilihat daripada wajah jelitanya itu. Dikurniakan seorang suami yang memahami dan mendamaikan, ini jodoh yang Allah kirimkan untuk melengkapkan hidup Erra. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan aman damai bahtera perkahwinan yang dibina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti4 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

