Artis / Selebriti
” Kelakar betul la reaksi muka Nabil tu. Muka jealous teruk, sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Nabil Ahmad ketika Datuk Syafinaz memegang perut Ronnie untuk mengajar teknik kawalan suara buat ramai terhibur. Adui Nabil, muka tu memang tak boleh blah betul. Dia pun nak jugak. Cari penyakit lah Nabil, haha..
Nabil Ahmad sudah bergelar host Gegar Vaganza sejak dari musim pertama rancangan ini bersiaran. Kini Gegar Vaganza sudah pun di musim ke 11 dan nama Nabil sudah sebati dengan GV. Setiap minggu ada sahaja jenaka Nabil yang menghidupkan suasana program realiti ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Cinemagicmy, Budak Terengganu dan Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mencuit hati yang terjadi di konsert Gegar Vaganza semi final semalam. Ianya berlaku selepas Ronnie selesai membuat persembahannya.
Datuk Syafinaz selaku juri tetap yang juga bergelar guru vokal naik ke pentas untuk mengajar Ronnie teknik kawalan suara. Selaku guru yang profesional dan banyak ilmunya, Datuk Syafinaz cuba membantu agar Ronnie mendapat ilmu untuk memperbaiki nyanyiannya.

Datuk Syafinaz memegang perut Ronnie sambil menyuruh Ronnie menyanyi. Nabil yang berada di sisi Ronnie memperlihatkan muka tidak puas hati kerana Ronnie dilayani sebegitu. Sempat lagi Nabil mencuba nasib, namun tidak dilayan oleh Datuk Syafinaz.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@remaja.my Amboi Nabil, muka tak puas hati tu perut nak disentuh dengan Datuk Syafinaz juga ke 😆 #remaja #majalahremaja #remajamalaysia #gegarvaganza
@cinemagicmy Habis la isteri Nabil pulas telinga balik rumah nanti 🤣 #GegarVaganza #GV11 #GegarVaganza11 #GegarVaganza2024 #sembangentertainment
@teetok817 #ronniehussein #nabil #sherly #Bonda #LizaAziz #Gv11 #Minggu11 #gegarvaganza2024
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jackpot Ronnie minggu ni haha.. Hawau lah Nabil ni haha.. muka tak puas hati dia tu geram je tengok.. “
” Nabil tak puas hati, haha.. Kepoci sungguh Nabil tu dengan muka-muka lagi.. Tok nas pun dah terikut cara bunda suka komen naik pentas daaa.. “
” Ketika itu.. Saya teringin nak jadi Ronnie.. Nabil tak puas hati, haha.. lawak lah Nabil ni.. memang function teruk ada host macam ni punya perangai.. “
” Amboi Nabil, muka macam tak puas hati tu perut nak disentuh dengan Datuk Syafinaz juga ke hahaha.. x boleh blah muka nabil.. “
” Aku tengok ulang-ulang sebab nak tengok reaction muka nabil haha.. kelakar btul la reaksi muka nabil tu.. muka jeles teruk haha.. “
” Suka tengok Nabil selamba jer lawak dia.. Muka Nabil tu main peranan sungguh.. Nabil memang tak serik haha.. “
” Gegar Vaganza ni hidup sebab nabil jer.. spontan gile haha.. dah mcm S Samsudin aku tengok Nabil ini.. “
” Nabil ni sakit perut gelak dengan perangai dia.. Muka Nabil jujur sangat.. Blik umh siap laaa bertambah capang lerr telinga tu kna pulas.. “
Nabil sememangnya sangat kelakar dan menghidupkan suasana ceria Gegar Vaganza. Gurauan dan jenaka Nabil itu membuatkan semua penonton di dewan berdekah melihatnya. Minggu final nanti entah apa pula lah jenaka si Nabil ini. Ada sahaja ideanya untuk menghiburkan semua, ligat sungguh otaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cinemagicmy, Tiktok Majalahremaja, Tiktok Budakterengganu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


