Artis / Selebriti
” Kecil-kecil pun dia dah ada niat mahu isteri.. ” – Netizen
Respon Anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin Apabila Ditanya Tentang Kahwin Buat Ramai Terhibur. Wah Tak Sangka Seawal Itu Matin Nak Kahwin. Ciri-Ciri Isteri Idaman Tu Dah Bagus Sangat Tapi Part Duit Hantaran Paling Win !!
Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, perkongsian video terbaru Ariq Matin telah membuatkan ramai terhibur. Video tersebut dirakamkan ketika Matin sedang makan dan secara tiba-tiba Matin ditanya soalan berkaitan tentang kahwin.
Apa yang menghiburkan ialah Matin mengatakan ingin berkahwin pada usia 12 tahun. Alahai, muda sangat tu Matin. Apabila ditanya sama ada Matin mempunyai duit atau tidak. Matin menyatakan yang dia mempunyai duit berjumlah 2 ribu ringgit.
Manakala tentang ciri-ciri wanita pilihan Matin pula mesti bertudung kerana Matin inginkan wanita yang muslimah. Chewahh, pandai pula Matin ni. Agak-agak ada tak yang sanggup menerima hantaran 2 ribu ringgit daripada Matin ni, hehe.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada juga yang menyatakan suara yang bertanya kepada Matin tersebut mirip suara arwah Siti Sarah. Mungkin juga yang bertanya itu adalah Makder atau saudara mara mereka yang lain.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa apabila mendengar jawapan Matin. Antara komen-komen yang diberikan :
” Suara mcm siti sarah yg bertnya tu, siapkah orgnya ? 2000 tu tk kisah tp mampu bhgiakn tk? klu mampu, free pun acik restu.. “
” Nape suara yang rekod ni sbijik suara arwah sarah. Cara ckp pun sama. Jenis tk nak mainΒ², kenal terus kawin.. Bukan matin la kalau tak klako .. “
” Ok lock la anak auntie eaa nama dia seroja.. Ciri2 pilihan bgs dh tu nk yg bertudung…. Tapi awak kecik lagi dik oiii.. jgn maciam2.. “
” Alahaaiii terhibur acik dengar statement you pepagi ni..niat tu dah di jalan yg lurus cuma kena pandai kaup duit daddy lebih lagi 2k ciput sangat diikkk.. “
” Ini manja nak berkepit je dah nak kawin ? Haa RM 2000 hantaran lokek lah Matin ni. RM 2000 tu mas kawin lah baru wow. Bijak pandai benor si manja ni. Comel2 .. “
” Amboi Matin, muda sangat ni. Nak bagi nafkah pun tak mampu lagi .. KecilΒ² pun dia dah ada niat mau isteri yg bertudung.. sbb yg bertudung muslimah…comel la matin… “
“Alahai matin boleh dapat darimana inspired mcm ni?? kesian pulak nanti ko tidak dapat main-main dengan kawan sebab sibuk urus baby.. “
Nampaknya Matin sudah mempunyai ciri-ciri wanita idamannya sejak kecil lagi. Semoga apa yang Matin impikan akan tercapai, namun janganlah berkahwin di usia yang terlalu muda. Jawapan kanak-kanak selalunya menghiburkan, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raisuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen