Artis / Selebriti
” Kecil-kecil lagi dah pandai buat mimik muka. Perangai macam ibu, muka macam ayah.. ” – Komen Netizen

Video Dan Gambar Kamal Adli Dan Anaknya, Haura Uqaira Menyambut Hari Lahir Uqasha Senrose Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Baby Uqaira, Pandai Buat Mimik Muka. Bulu Mata Dia Cantik, Lebat Dan Panjang. Ekpresi Muka Tu Macam Ibu Sangat !!
Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 3 bulan berlalu sejak berita Uqasha Senrose selamat bersalin diwar-warkan kepada umum. Uqasha dan Kamal Adli dikurniakan seorang bayi perempuan. Nama Haura adalah pilihan Kamal, manakala Uqaira pula merupakan pilihan Uqasha dan mereka sepakat menamakan anak mereka sebagai Haura Uqaira.
Sebagaimana namanya Haura yang bermaksud cantik, putih dan bersih, si kecil ini mempunyai raut wajah yang comel dan putih gebu sama seperti ibunya. Ramai yang teruja apabila wajah penuh Haura Uqaira ini dipertontonkan tanpa ditutup wajahnya.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Uqasha Senrose, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Uqasha dan Kamal bergambar bersama Uqaira. Mereka menyambut ulangtahun kelahiran Uqasha dan ianya dapat dilihat pada kek yang disediakan di atas kek tertulis ‘happy birthday ibu’.
Sambutan hari lahir yang pastinya paling manis dalam hidup Uqasha dan berbeza dari tahun sebelumnya kerana tahun ini ada Uqaira bersama-sama. Wajah dan tubuh Uqaira yang semakin bambam itu juga membuatkan ramai geram. Wajah Uqaira juga dikatakan begitu seiras dengan ayahnya tetapi putih gebu seperti ibunya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masyallah Kuwata illah Billah.. mukaaaa ayah.. Fuh sejuk nih. Sanah Helwah qasha, Selamat Ulang Tahun, Barakallahu fii umrik, And.. Happy Birthday.. ”
” Comelnya uqaira.. tapi buat muka tu dah tahu dah ikut siapa perangai dia haha.. muka haura semua terkejut.. ”
” Anak ayah sungguh ni. kening tuuu ikut ayah sangat tauu . Comel sangat.. Sejuk solehah amin.. ”
” Wehhh kenapa muka baby tu comel sangat. geraaamm jee nengoknya. Walaupun Birthday mommy Uqasha , Uqaira nak juga birthday tu buat muka comel.. ”
” Awww Beautiful family love you Sha, Kamal and Haura Uqaira.. Alhamdulillah, comel sungguh hawra.. klau mcm ni lambat lh ibunye nk shooting.. ”
” Comelnya Uqaira ni.. kecik-kecik lagi dah pandai buat muka.. perangai ibu, muka ayah.. ish gerammmm.. ”
” Comelnya, putih macam ibu.. Selamat hari lahir Semoga diberi kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan bahagia berjaya dunia Akhirat qasha.. ”
Siapa yang tidak geram melihat ekpresi muka Uqaira itu. Bak komen warganet, muka seperti Kamal tetapi perangai seperti Uqasha. Terhibur hati warganet melihat gambar perkongsian tersebut. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Uqasha dan semoga berbahagia selalu bersama insan tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen