Artis / Selebriti
” Kawan-kawan Inteam pun pakat rakam part arwah nyanyi. Peluang keemasan dan terakhir.. ” – Netizen

Video Persembahan Terakhir Arwah Suhaimi Saad Bersama Kumpulan Inteam Di Sebuah Majlis Perkahwinan. Sayangnya Team Inteam Dengan SS, Sempat Rakam Lagi Masa SS Menyanyi. Tak Sangka Itu Show Terakhir Bersama. Bukti Persahabatan Yang Utuh Sampai Ke Akhir Hayat !!
Arwah Suhaimi Saad pernah dikatakan keluar daripada Kumpulan Inteam kerana perselisihan faham dan masalah dalaman. Banyak lagi cakap-cakap yang tidak enak didengar setelah Suhaimi keluar daripada Inteam. Suhaimi juga ada membuat satu video pencerahan tentang mengapa dia keluar daripada Inteam sebelum ini.
Masih tetap berkawan dan sekiranya masa mengizinkan untuk mereka membuat show bersama, itu yang dipersetujui oleh Suhaimi dan Inteam. Allah mentakdirkan Suhaimi dapat menyanyi sepentas bersama ahli Inteam yang lain dalam sebuah majlis perkahwinan sekitar awal tahun yang lalu.
Meninjau akaun Tiktok Ina Naim FC, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Suhaimi dan Inteam mendendangkan lagu popular mereka, Impian Kasih. Bukan peminat sahaja yang teruja melihat mereka semua di atas pentas, malah ahli Inteam juga kelihatan gembira dengan adanya Suhaimi bersama mereka.
Kata Shahril sebelum mereka memulakan nyanyian agar semua yang ada di situ boleh lah merakam persembahan mereka kerana ianya special dan susah untuk mendapatkan Suhaimi. Betapa istimewa dan ‘limited’ seorang Suhaimi Saad di hati ahli Inteam.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@inanaimfans “pastikan anda rakam” 🥹 last performance dari SS bersama Inteam 🤍 #inanaim #diananaim #ss #mosus #suhaimisaad #fyp #foryou #inanaimsuhaimisaad #alfatihah #inteam
♬ Forest / Nature / Birds / Environmental Sound(1329509) – TrickSTAR MUSIC
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kawan2 inteam pun pakat rakam part arw4h nyanyi.. mesti kawan2 inteam shj yg tau dia sakit nmpk diorg syg suhaimi ni lain syg dia.. ”
” Suara ss ni dr dl smp laa skrg ttp merdu.. Sy paling minat suara dia.. Al-fatihah bwt Suhaimi Saad.. vokal2 semua mantap… mmg dr dl kami suke inteam.. ”
” Kawan Arw4h pun Rakam kan sambil buat show sama sama.. bertapa specialnya Arw4h kat kawan2 Arw4h kan.. limited edition camtulah.. ”
” Sedap suara semuanya.. nyanyian yg mndamaikn.. mcm dlm kaset.. bukan inteam_official ja rindu suara SS. kami pun rindu huhu. AlFatihah.. ”
” Arw4h cerita tiada konflik antara dia dgn In-Team.. dia syg kwn2 dia, kte boleh nampak saat2 akhir Arwah Ust Shahril antara yg awal dtg ziarah mse sakit.. ”
” Nampak riak wajah sahabat² arwah seronok sgt arwah Ade dgn diarang satu pentas. Comel je Hazamin pun cepat2 buka fon nak rakam Suhaimi nyanyi. Peluang keemasan dan terakhir.. ”
” Apa saja projek reunion, pasti 5 sahabat bersatu. Apa saja persembahan walaupun tak cuma korum, pastu ada yg stand up utk cover shbt lain.. ”
Siapa sangka ini memang persembahan paling special dan kali terakhir Inteam merasai sepentas bersama Suhaimi. Semuanya kelihatan begitu akrab dan keharmonian paduan suara memang tidak dapat disangkal. Alfatihah buat Suhaimi Saad dan semoga Suhaimi tenang di sana. Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Naim FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen