Connect with us

Artis / Selebriti

” Kata kahwin untuk anak-anak. Kesian lah anak asing-asing bagi atok dan nenek jaga.. ” – Netizen

Shuib Sepahtu Kongsi Gambar Sho0ting Bersama Watie, Talita Dan Matin. Namun Ketiadaan Uwais Dan Ayash Jadi Persoalan Warganet. Ini Penjelasan Mama Shuib, Salamiah Jalani. Jawapan Mama Tu Padu Betul !!

Beberapa hari sahaja lagi, genap lah sebulan usia perkahwinan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah. Kehidupan pasangan ini kelihatan bahagia sekali, apatah lagi kedua-duanya jenis yang happy go lucky dan sama-sama masuk air. Tidak hanya dengan Shuib, anak-anak Shuib juga sangat akrab dengan Watie.

Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Shuib, Watie, Talita dan Matin berada di set penggambaran untuk sho0ting. Mereka semua sedondon memakai busana berwarna putih.

Talita dan Matin memang manja dan suka berkepit dengan Watie. Lihat lah kemesraan dua beradik ini bersama mummy baru mereka, muka tersenyum gembira sahaja. Banyak lagi perkongsian lain yang menunjukkan betapa bahagianya Talita dan Matin sejak mempunyai mummy.

Murah rezeki Shuib dan Watie kerana mereka banyak mendapat job sebagai duta produk. Berpeluang bergandingan bersama dengan anak-anak lagi tentu meriah suasana di set. Tengok muka Matin pun sudah membuatkan warganet terhibur, perangai macam daddy sangat Matin ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 66 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Kena faham, yg kecik tu dh di jaga dari kecik oleh mak shuip sejak lahir. Susah nk p1sahkan. Yg 1st tu bz golf, dan atuk dia yg uruskan segala hal jadual golfing dia. Masa arw4h ada yg 1st kecik lagi. Belum sepenuh masa golfing lagi.. ”

” Uwais dah ada cita² dia.. sy xnmpak konsep memisahkan pun kat situ..at least Talita ada geng bila Shuib kawen dgn Watie.. ”

” Mcm2 hal…. doakan mereka sihat, bahagia, gembira cukuplah . tak pyh nak kepoh2 sgt. dia post kita tengok. takde anak yg itu, anak yg ini diam2 sudah… rumahtangga mereka.. ”

” Kepada puan watie, terima kasih sbb sudi jaga anak2 arwah semua.. proud of u.. syangi mereka, kasihi mereka, cintai mereka.. terima kasih.. ”

” Happy to see them. Pahit akan manis akhirnya. Allah Maha Mengetahui. Lama2 netizen akan faham. Lagipun diorg kawin bukan utk netizen. Tp utk anak2 n family mereka. Semoga bahagia selalu.. ”

” Watie sama seperti makder… Berkongsi kasih dgn anak tiri dgn penuh kasih syg… Tiri atau kandung… Tiada yg membezakan kasih dan sayang jika saling ikhlas menerima.. ”

” Suka tengok… serasi dan anak-anak pun gembira… tahniah yahhh.. Bahagia sangat tengok dekta dengan matin tu.. Matin terpaling manja.. ”

Mama Shuib juga menjawab banyak persoalan warganet tentang anak-anak Shuib iaitu Uwais Alqarni dan Ayash Affan yang tidak tinggal bersama Shuib. Panas juga isu anak-anak yang dikatakan dip1sahkan ini. Jom baca penjelasan mama Shuib di bawah :

Penerangan yang padat dan jelas daripada mama Shuib. Semoga selepas ini tiada lagi yang akan membangkitkan isu mengapa anak-anak tidak tinggal bersama. Apa-apa pun, Allah sebaik perancang dan Shuib lebih tahu yang terbaik untuk keluarganya. Kita doakan yang terbaik untuk Shuib sekeluarga. Tak perlu lah kita mencampuri urusan keluarga mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT