Artis / Selebriti
” Kapsyen maknya pun kelakar betul. Boleh tahan kelakar Sari ni, haha.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Hadir Ke Konvokesyen Anak Keduanya, Baasit Al Haq, Perkongsian Sari Yanti Undang Tawa Warganet. Patut Lah Maknya Menyakat, Kelakar Tengok Baasit Ni. Ramai Yang Cakap Anak Sulung Sari Ada Iras Muka Jep Lah !!
Umum mengetahui sebelum pelakon Sari Yanti mendirikan rumah tangga bersama Jep Sepahtu, Sari pernah berkahwin. Menerusi perkahwinan terdahulu Sari dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al Haq.
Hasil perkongsian hidup bersama Jep, Sari dikurniakan tiga orang cahaya mata lagi iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sari, telah dikongsikan beberapa gambar disatukan dalam video yang memaparkan Sari hadir pada hari konvokesyen Baasit.
Tulis Sari, Baasit sudah habis pengajian darjah Enam dan bakal memasuki sekolah menengah. Sari turut menitipkan kata-kata dan doa buat Baasit. Namun kapsyen akhir Sari mengatakan senyuman Baasit ketika bergambar seperti menahan ber4k membuat ramai terhibur.
Selain itu, ada peminat mengatakan wajah anak sulung Sari kelihatan mirip seperti Jep. Sehngga kini, perkongsian oleh Sari telah menerima puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Boleh tahan kelakar juga baca kapsyen Sari, sempat lagi menyakat anak, hehe.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Sari ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kapsyen maknya pun kelakar betul. Boleh tahan kelakar Sari ni, haha.. Tapi yang sulung tu ada muka Jep jugak lah, sebiji.. “
” Anak dah masuk sekolah menengah, tapi mommy nya maintain je muda. Tengok gambar ni tak tahu mana yang pelajar, hehe.. “
” Senyum mcm tahan berak.. Sbiji ank sy yg sulung.. Sebaya si Basit.. Budak2 sekarang memang malas nk bergambar, haha kita mak2 je teruja.. “
” Ad0i tengok gambar ni dah macam kakak je pergi sekolah adik.. Lawa betul lah Sari sekarang, muka semakin berseri2.. “
” Abg tu telah di custom oleh jep, samaaa.. Kalau cakap anak kandung Jep pun memang orang smua percaya, hehe.. Handsome anak2 lelaki Sari.. “
” Cepat betul besar. Sedar2 dah masuk sekolah menengah. Tahniah Baasit.. Moga jadi anak yg cemerlang dunia akhirat..”
” Macam kakak dengan adik2 jer tengok.. Baasit buat muka tahan ber4k pun handsome, hehe.. Ketawa saya baca kapsyen Kak Sari, kelakar.. “
Sudah besar anak-anak teruna Sari ni, semuanya handsome, Sari pula maintain nampak muda. Sudah seperti kakak sahaja dengan anak-anak. Apa-apa pun, semoga Sari terus bahagia bersama keluarga dan moga anak-anak Sari membesar menjadi anak-anak yang soleh serta solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen