Artis / Selebriti
” Kami pulak sebak tengok. Bertuah awak Rayyan dapat jumpa Tun Mahathir.. ” – Komen Netizen
Video Pertemuan Rita Rudaini Bersama Anak-Anak Dengan Tun Dr. Mahathir Raih Perhatian Ramai. Wah Untung Rayyan Dapat Nasihat Yang Bermakna Daripada Tun M !!
Baru-baru ini Rita Rudaini dan dua orang anak lelakinya berpeluang bertemu dengan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir. Pertemuan yang bertempat di pejabat Tun Dr. Mahathir ini membuatkan Rita berasa teruja kerana Tun Dr. Mahathir seorang yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.
Rita hadir dengan membawa buah tangan khas buat Tun Dr. Mahathir dan menyifatkan pertemuan dengan tokoh negarawan yang berusia 98 tahun ini merupakan satu kenangan yang sangat bermakna dan tidak boleh dilupakan oleh dirinya serta anak-anaknya.
Rita telah berkongsi beberapa buah video ketika pertemuan tersebut dan anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqi sempat mendapat nasihat yang cukup bermakna daripada Tun Dr. Mahathir. Rayyan dan juga adiknya iaitu Qaqa sangat bertuah kerana dapat meluangkan masa bersama Tun Dr. Mahathir.

Perkongsian video-video ini telah menerima lebih puluhan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun Tun Dr. Mahathir sudah berusia, namun masih kuat bekerja dan mempunyai daya ingatan yang sangat bagus.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang berasa sebak dan tersentuh hati dengan video-video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bertuahnya awak nak,tak dapat nasihat lelaki yang sepatutnya,tapi Allah bagi lelaki yang hebat nasihatkan awak,bukan calang calang dik.semoga berjaya dunia akhirat,jaga mommy dan adik awak sebaik mungkin,mereka syurga awak tau.. “
” Anak dia ni baik laa..anak yg soleh baik budi pekerti .. Rayyan..aunty doakan satu hari nanti rayyan jd org yg ‘The Great’ mcm Tun…InsyaAllah..Aaamiiin Ya Allah.. “
” Alhamdulillah respect tun M .. walaupun umur dah 98thn tapi ingatan beliau masih kuat, badan dan kesihatan pun masih baik walaupun ada masalah jantung.. Semoga Allah memberkati Tun dan berada di dlm lindungan Allah selalu.. “
” Simpan dalam hati rayyan. Jadikan nasihat Tun sebagai pembakar semangat nak berjaya.. Adab dahulu, baru ilmu…anak ini seorg anak yg baik dan akan menjadi manusia yg berjaya satu hari kelak utk agama, bangsa dan negara….amin.. “
” Kami sangat2 sayangkan Tun.. Kehebatan Tun tiada tanding nya.. Youre an exceptional.. Masyallah bertuah awak ryan jumpa Tun hebat.. “
” Uhuhu..sebak.. kami juga membesar di zaman pemerintahan beliau. Kami pulak sebak tengok… Terima Kasih sis kongsi moment ni dengan kami semua..Allahhu.. “
” Tengok video ni pun sumpah rasa sebak…tak tahulah kalo dpt berjumpa macam mana perasaan tu.. untungnyaaaa! jeles kita wak.. “
Rita turut mendoakan Tun Dr.Mahathir dan isteri sentiasa dalam keadaan sejahtera. Pastinya momen sebegini menjadi kenangan terindah buat Rita dan anak-anak dalam sepanjang kehidupan mereka. Semoga Tun Dr. Mahathir sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

