Viral
” Kami dipanggil balik untuk berkumpul terakhir kalinya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada adik.. ” – Abang Adib

Perkongsian abang kepada arwah Muhammad Adib Hazim (UPSI) mengenai Adib mengundang sebak ramai. Luahan rasa sedih kehilangan adik tersayang yang sangat menyentuh hati, sebaknya..
Seakan baru semalam kejadian nahas maut melibatkan pelajar UPSI walhal ianya telah pun seminggu berlalu. Antara mangsa yang menjadi sebutan adalah Muhammad Adib Hazim. Banyak video yang dikongsikan baik ahli keluarga, mahu pun sahabat seperjuangan Adib.
Meninjau entry di akaun Tiktok Abematkite iaitu akaun sosial abang kepada Adib, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan gambar mereka sekeluarga bersama Adib dalam 2 suasana yang berbeza. Abang Adib yang dipanggil sebagai Sif ini meluahkan rasa hatinya menerusi posting tersebut.
Hati abang mana yang tidak sebak apabila terpaksa merelakan pemergian adik tersayang. Seumpama mimpi, baru sahaja beberapa hari mereka meraikan hari raya bersama, kini Adib sekelip mata sahaja pergi untuk selama-lamanya menemui Ilahi.
Membaca luahan hati abang Adib ini membuatkan ramai yang bersedih. Betul kata abang Adib, kenangan terindah adakalanya perlu diukir supaya kenangan itu tidak hilang walaupun untuk seketika. Segala memori akan utuh dalam hati mereka sekeluarga selamanya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Sakit kehilangan ahli keluarga. Tapi abang bukan hilang keluarga. Abg sekeluarga baru sahaja terima berita gembira dari Allah. sebab adik abang dari dunia lagi sudah jadi ahli syurga. Adik abg hamba yang dikasihi olehNya. dimuliakan Oleh Nya. ramai berubah sbb arwah adib.. “
” Malam dia naik bas sy smpt tgk arwah. lama dia trcegat kt kete, kete kami kt dpn kete fmly arwah, pstu naik bas, tgk dia trun blik.. al fatihah utk awk dik.. sebak nya tgk.. “
” Sayu sangat tapi tu la bila2 je kematian tu datang jemput.. bila tiba2 takda rasa macam di awang awangan apa yang berlaku… semoga syurga untukmu dik.. “
” Allahuakhbar semoga kalian tabah hadapi ujian kehilangan insan tersayang.. moga adib bahagia di alam sana , dan moga tenang buat mereka yang ditinggalkan.. “
” Alfatihah buat arwah.. pemergian arwah dah banyak merubah org Lain utk istiqamah Dan lebih dekat dgn sang pencipta.. “
” Kita kena kuat sif.. memang sukar nk menerima takdir Allah tapi apakan daya semua tu sdh tertulis. yg kita mampu berdoa utk kesejahteraan adib. semua berlaku dgn begitu pantas..mungkin Allah nak berikan yg terbaik utk kluarga kita.. “
” Semoga arwah mendapat darjat yg tertinggi… sif mesti bangga dpt adk mcm adib…. satu malaysia bangga dgn arwah dan dgn amalan arwah dpt menyedarkan kita yg lalai nie… alfatihah utk arwah… aminn.. “
Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian, cuma bagaimana dan bila ajal tiba itu adalah rahsia Allah. Semoga seluruh keluarga Adib diberikan kekuatan untuk redha dengan pemergian Adib. Sama-sama kita sedekahnya bacaan Al-Fatihah untuk Muhammad Adib Hazim.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abematkite
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” He has grown and dah banyak kali untuk cuba selamatkan rumah tangga dia. Good answer Farid.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Part k1ss tangan tu sumpah cute. Tertib dan humble je dia, masya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mahal betul harga rindu dia, jujur dan ikhlas betul jawapan. Bertuah punya anak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Siti Nur Fatin binti Hamdan, saya rindu awak sangat-sangat. Awak hidup lagi ke tidak sebenarnya.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sejujurnya, saya masih dibelenggu ketakutan.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Indeed, well said Syed Saddiq. Heret sekali semua yang terlibat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia.. ” – Siti Khalizah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Geram je tengok. Cikgu baru sergah sikit, dah tertonggeng terus, haha.. ” – Komen Netizen