Artis / Selebriti
” Kamal ni dia lalang tau. Rasa nak picit-picit aje si Kamal ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Kamal Adli bersama Que Haidar dan Fazura membuat sketsa drama Threads ditukar menjadi drama sebenar buat warganet terhibur. Ayoo sekali pakcik bawang bertukar jadi lalang lah. Lawak betul Kamal ni, berdekah gelak..
Viral hashtag FazQue dan QuemelaFaz sejak Que Haidar dan Fazura digandingkan dalam kempen Jakel untuk tahun 2026 ini. Ianya ditambah lagi dengan beberapa kali sesi live Que dan Fazura yang membuat ramai di kalangan warganet mengenen-ngenenkan pasangan ini.
Tidak hanya di Tiktok, malah di Threads juga tidak kurang meriahnya nama FazQue diperkatakan. Que dan Fazura juga aktif memberikan respon antara satu sama lain di applikasi tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Jakel, telah dikongsikan satu video terbaru Kamal Adli bersama Que dan Fazura.
Kamal digelar sebagai pakcik bawang oleh warganet kerana karakternya dalam kempen Jakel ini yang suka menjadi batu api antara Que, Kak Lina dan Fazura. Melakonkan sketsa pendek drama Threads menjadi drama sebenar, lakonan ketiga-tiga pelakon ini mendapat pujian warganet.

Lakonan Kamal tidak pernah mengecewakan warganet. Reaksi wajah dan dialognya mencuit hati warganet. Fazura dan Que pula melakonkan babak sweet dan dialognya sama seperti komen yang mereka tinggalkan di Threads. Respon Kamal melihat aksi FazQue itu mencuit hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ketua bawang speechless ke tu haha.. now you know kamal.. Ni bukan pakcik bawang, ni lalang ni, cepat bertukar side. Tp apa2 pun QuelaFaz forever hahahah.. “
” “Sweetnya diorang” tu rasa nak pelempang.. Pakcik bawang pun surrender ekk? Now you know.. From Threads to real life.. “
” Hahaha ketua kamaladli dating dengan hawra la nanti sweet jugak dating dgn ank tcintahhh.. tak terkata ek kamal haha.. pelakon hebat msing2.. mmg menjadi sgt wtak pkcik bawang dgn psangan brcinta.. “
” Terus depan-depan buat sweet.. masih nak mengadu kat Jakelina ke tu kamal haha.. Pakcik bwang blusing tgk.. Amboi Ketua cepatnya tukar lane, terus jadi supporter ea haha.. “
” Haha lawaklah dengan Kamal ni.. plot twist ek haha. adoi g bersweet sweet depan member yang tengah single.. Speechless ke tuu ketuaa.. “
” Makin rosak dah Kamal ni haha.. kamal yang blushing.. terkedu terus KA.. Live in action haha. repeat banyak kali tengok. geram je aku dengan si kamal ni tau.. “
” Lawaklah.. Kamal adli ni dia lalangggg tau!!.. kjp side kepom kejap quefaz.. hahahaa… lucu.. Rasa macam nak picit picit aja si kamal adli ni! Ya tuhan.. “
Geram sahaja warganet melihat lakonan Kamal itu. Dari pakcik bawang boleh pula bertukar menjadi supporter FazQue. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton lakonan mereka bertiga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakel Textile
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

