Artis / Selebriti
” Kalau Shah Rukh Khan tengok ni Pak Azad, meraung dia tau. Sedap lah suara Bella dan Pak Azad.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah berduet bersama Pak Azad menyanyi lagu Bollywood, Suraj Hua Maddham buat ramai terhibur. Wah dah macam tengah tengok cerita Hindustan lah. Pak Azad bukan main feeling lagi. Dah macam Shah Rukh Khan, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Bella Astillah berduet bersama Pak Azad menyanyi sebuah lagu Bollywood. Menerusi video itu, Bella serta Pak Azad menyanyikan lagu bertajuk Suraj Hua Maddham.
Pada awal video, kelihatan Pak Azad yang memulakan dahulu nyanyian dan selepas itu disambung pula oleh Bella. Telatah Pak Azad ketika menyanyi membuat ramai yang terhibur menontonnya. Manakan tidak, Pak Azad begitu bersemangat menari sambil menyanyi.
Gaya menari dan nyanyian Pak Azad sudah seperti gaya Shah Rukh Khan dalam filem. Selain terhibur, warganet juga memuji suara Pak Azad menyanyi lagu Bollywood begitu baik sekali. Bella juga tidak kurang hebatnya, merdu sekali suara Bella menyanyikan lagu ini.
Sehingga kini, video Bella dan Pak Azad tersebut telah menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Berdekah Nabil gelak melihat Pak Azad menari. Pak Azad sememangnya seorang yang kelakar dan memeriahkan suasana.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai nyanyian Bella dan Pak Azad dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kalau Shah Rukh Khan tengok ni Pak Azad, meraung dia tau. Sedap lah suara Bella dan Pak Azad.. Layan dengar korang nyanyi.. “
” Pak Azad oiiii ngeletis sekali, hahaha terhibur kiter tengok.. Bella dh mcm ank pak azad lah pula, kecik molek je, cute.. “
” Tiba2 teringat cerita anak mamak menantu mami.. Best dengar suara Pak Azad nyanyi lagu hindustan, sebiji2 jelas sebutan.. “
” Hahaha.. Terhibur lah.. Cute bella & sdap suara.. Pak Azad kelakar lah.. Sedap juga suara Pak Azad yer.. Bella mantap.. “
” Bila bella pakai cmni.. Nmpak cantik.. Tolongla girl yg nak pakai baju cmni.mjgn santak² sgtla weyy.. Pakai cmni lg helok.. “
” Pak Azad lidah jangan terkeluar wehhh, haahhahahahaa.. Amboi menari sungguh Pak Azad, naik shekh betul ni, hehe.. “
” Pak Azad azadsyaziraroses in character btoi nooo… Tapi awat mulut tuuu, hahaha.. Bella cun, maintain sopan je dia nyanyi.. “
Selain itu, ada yang turut memuji telatah Bella yang dilihat begitu sopan ketika menyanyi bersama Pak Azad dan memuji suara Bella merdu. Apa-apa pun, meriah suasana konti apabila adanya Bella sebagai intern penyampai radio di stesen radio Era.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berdentum wey bunyi dia. Elok pulak tu lepas baca Bismillah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni pecah perut kami. Yang bestnya cameraman siap follow Pak Nil lari lagi, haha.. ” – Komen Netizen