Artis / Selebriti
” Kalau saya jadi cameraman sure dah tergelak-gelak. Skrip dia natural sungguh.. ” – Komen Netizen
Betty Rahmad kongsi video behind the scene lakonan Mak Semah dalam sebuah program masakan buat ramai terhibur. Alahai Mak Semah, natural betul dialognya tu. Berdekah Betty mendengar ayat spontan Mak Semah itu..
Mak Semah iaitu ibu kepada Erma Fatima, Umie Aida dan Betty Rahmad. Telatah dan celoteh Mak Semah seringkali ditonton oleh warganet baik di akaun media sosial anak-anaknya itu atau pun akaun Tiktok Mak Semah sendiri. Ada sahaja cerita Mak Semah yang mencuit hati warganet.
Menerusi perkongsian terbaru Betty di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mak Semah muncul dalam sebuah program masakan. Betty memuatnaik video behind the scene ketika babak Mak Semah dirakamkan. Mak Semah steady sahaja dan berlakon dengan cukup santai.
Dialog Mak Semah seperti percakapannya realiti ketika berada di rumah. Memetik komen warganet, tidak perlu dialog pun tidak mengapa kerana Mak Semah pandai membuat skrip sendiri. Comel sahaja mak Semah membebel sambil memanggil-manggil nama Betty.

Betty yang berada di hadapan bersama kru juga tidak dapat menahan gelak melihat lakonan Mak Semah. Baru BTS sahaja sudah menyeronokkan untuk ditonton. Jika episod penuh tentu berdekah semua ketawa dengan celoteh Mak Semah. Mak Semah memang power lah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Betty ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Makcik Semah panggil Betty Betty Betty … Tak sampai juga… ini lah Riang Ria telatah makcik Semah … Tak payah pakai script… makcik Semah very talented.. “
” Ni kalau mak semah jumpa dengan kakcikyah mmg meletop very natural…. Suka sangat sangat dgn Cara makcik Semah.. “
” Fuyooo mak semah berlakon.. ni confirm tak payah bagi skrip dekat mak semah hahaha. mak semah tak berlakon ye.. itu dialog harian kan.. comel.. “
” Natural sungguh, macam air skrip biasa dia haha.. comel betul bila mak semah membebel.. siap Betty mak semah nak patah patahkan.. “
” Ni cakap depan-depan ni tak boleh harap.. tapi tu just lakonan.. reality anak yang baik.. berbakat mak semah ni.. seronok tengok.. “
” Bakat terpendam mak semah.. Terbaik mak semah, tak payah nak susah susah baca skrip hehe.. Pandainyaaaa berlakon.. Anak2 pmpuan semua menurun bakat mak semah la rupanya ni.. “
” Kalau saya jadi cameraman sure dan tergelak-gelak.. love mak semah.. kelakar sangat mak semah ni.. “
Tak sangka pandai juga Mak Semah berlakon. Almaklumlah anak-anak Mak Semah semua juga hebat dalam lakonan, tak mustahil maknya ada bakat dalam bidang lakonan juga. Pastinya ramai yang tak sabar nak menonton program Mak Semah ini. Makin popular lah Mak Semah nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


