Artis / Selebriti
” Kalau macam ni lah gayanya, comfirm lulus test JPJ, hehe. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan memberi penerangan ujian pratikal memandu kepada ayahnya, DS Aliff Syukri buat ramai terhibur. Macam-macam gaya Ammar buat, dah macam tengah test dengan pegawai JPJ. Ayat Dato’ Aliff pula memang win, berdekah gelak dibuatnya, haha..
Anaka sulung jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakarnya. Bermula dengan muncul dalam video TikTok bersama ayahnya, sikap Ammar yang tenang dan bersahaja membuatkan ramai tak kering gusi ketawa.
Terbaru, ,meninjau di akaun TikTok Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan Dato’ Aliff sedang merakam telatah Ammar memberikan penerangan untuk ujian pratikal memandu yang bakal diambilnyan nanti bersama pegawai JPJ.
Sekali lagi, telatah Ammar tersebut telah membuat ramai terhibur. Manakan tidak, Ammar begitu tekun memberitahu keadaan kereta seolah-olah dia sedang bersama seorang pegawai JPJ. Komen warganet, melihat gaya Ammar itu, sudah pasti dia akan lulus dalam ujian pratikel tersebut.

Selain itu, ada yang turut mengimbau kenangan dan berkongsi pengalaman masing-masing ketika menduduki ujian peratikal JPJ. Sehingga kini, video Ammar ini telah ditonton ratusan ribu tontonan dan menerima ribuan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
@papalarisofficial Ok penjelasan ammar utk klas memandu @Ammar Ahyan
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
@papalarisofficial Ok kita sambung yaa guys… doakan @Ammar Ahyan bejaya dpt lasen p
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kalau macam ni lah gayanya, comfirm lulus test JPJ, hehe.. Supportive laaa abah pun.. Mcm ayah sy pn kalo ada benda2 pnting dia mst suh train depan dia… Hahahahhhha.. “
” Good luck Amayan ..Bngganya la tgk dia serius hafal nk ambik lesen.. Bagus abah takgelak, klo aku dah menggelupur terbahak.. “
” Boleh dibuat contoh ni, memang nampak kelakar tau, tapi kalau salah mahu gagal ok.. Hehe.. Dato’ tu mesti tengah tahan ketawa kan.. “
” Jenuh lah kau Amar.. Asyik nk chek kenderaan dah boleh dah jadi pagawai atasan JPJ.. Comel pun ada tengok gelahat Amar ni, hehe.. “
” AHHAHAHAH aku pun cenggini tapi part BAIK tu je aku kuatkan suara.. Yg depan tu nininini je aku sebut.. Alhamdulilah lulus juga.. “
” Siap ade movement ye, betul imaginasi dia nmpk sebuah kereta.. Ayat Dato’ memang win, hehe sekali aku berdekah, haha.. “
” Hahahhahahaha part dato alif tu aku takleh blaa aa.. Apa2 pun, semangat betum amayan yer.. Terus aku mengimbau kenangan masa ambil lesen dlu2.. “
Part Dato’ Aliff bertanya kepada Ammar mencuit hati warganet, senyum sahaja Ammar dengan pertanyaan abahnya. Sikap Dato’ Aliff mendengar penjelasan yang diberikan oleh Ammar itu juga turut mendapat pujian ramai kerana Dato’ Aliff dilihat seorang bapa yang sangat supportive terhadap anak-anaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok papalarisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim


