Artis / Selebriti
” Kalau ibu sudah jadi penyanyi, anak kalau boleh tak mahu jadi penyanyi. Pelikkan.. ” – DS Siti Nurhaliza

Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza Berkongsi Alasannya Tidak Mahu Anak-Anaknya Siti Aafiyah Dan Muhammad Afwa Menjadi Penyanyi. Tak Sangka Ini Sebabnya !!
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Moomiesdailydotcom, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di satu majlis khas. Ianya melibatkan ramai wartawan dari pelbagai media dan banyak soalan diajukan kepada DS Siti.
Antara soalan yang diutarakan oleh wartawan berkenaan anak-anak DS Siti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Kata DS Siti, dia mempunyai alasannya yang tersendiri untuk tidak mahu kedua-dua anaknya ini terlibat dalam dunia hiburan, apatah lagi menjadi penyanyi seperti dirinya.
Tambah DS Siti, dunia hiburan ini banyak pancarobanya dan sekiranya hati tidak kuat, lebih elok mengelak menceburi bidang seni. Bagi yang mengikuti DS Siti sejak dari awal penglibatannya sebagai penyanyi, pasti mengetahui banyak yang sudah dilalui oleh DS Siti untuk sampai ke tahap sekarang.
Namun DS Siti tidak dapat menghalang sekiranya Aafiyah dan Afwa masih mahu bergelar anak seni kerana darah seni mengalir dalam tubuh mereka. Apatah lagi Aafiyah sekarang sudah pandai bermain piano dan pernah mengiringi DS Siti di konsert baru-baru ini. Harapan DS Siti hanya yang terbaik untuk masa depan Aafiyah dan Afwa.
Jom tonton video di bawah :
@mommiesdailydotcom Berkaca dari pengalamannya, menurut Siti Nurhaliza dibutuhkan hati yang kuat untuk terjun ke dunia tarik suara, dan dia belum yakin untuk anak-anaknya mengambil jalan tersebut. Mommies kira-kira ingin anak kalian terjun ke dunia entertainment, gak? #tiktoktainment #sitinurhaliza #anak
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dunia glamor tak selamanya indah ada masa fitnah akn berleluasa lebih2 lagi zaman skrg baik kerja biasa-biasa asalkan tenang.. “
” Ingat lagi kes email fitnah siti nurhaliza dulu. Kita yang tengok pun rasa nak nangis betapa dasyatnya tulisan dari orang yang dengki.. “
” Hebat ucapannya, terbaik lah tokti.. Hebat Tokti bercakap sekarang, sangat matang.. isi tersusun satu persatu.. Tahniah.. “
” Semua ibu walau mcmana background dia pasti nk yg terbaik untuk ank2 dia.. sy rasa tokti org normal dan logik dia berpijak di bumi nyata.. “
” Sudah matang dlm mgharungi dunia seni dn semakin dewasa cara brcakap lebih confident brbanding dlu tiap kali brcakap dgn reporter/undangan radio sy yg jd seriau mndengarnya.. “
” Tokti ada sebab yang kuat untuk tak nak bagi Aafiyah dan Afwa jadi orang seni. Kalau hati tak sekental tokti, ibu nk yang terbaik je tu.. “
” Artis nie bukan kerjaya yg bagus sebenarnya.. lebih bnyk buruk dari baiknya.. sebab tuh tok ti tak nak bagi anak jadi orang seni.. “
Betul apa yang diperkatakan oleh DS Siti itu, banyak dugaan dan ranjau yang perlu ditempuhi untuk menjadi anak seni. DS Siti sudah melalui dan merasai banyak keperitan, tidak mungkin seorang ibu hendak melihat anak kesayangan menempuh situasi yang sama.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mommiesdailydotcom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen