Artis / Selebriti
” Kalau comel macam ni memang tak jadi takut dah, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat comel anak MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa memakai pakaian seperti patung Young-Hee dalam K-Drama Squid Game. Ada juga yang kata macam warna tong gas BHP. Part mata tu paling comel, menjadi betul Wara buat, hehe..
Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh media sosial iaitu MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini ini. Bellaz merupakan MUA yang mempunyai ramai peminat di media sosial. Selain Bellaz, anak bongsunya iaitu Nur Aisywara Nealofa juga sering mendapat perhatian warganet.
Terbaru meninjau di akaun Instagram Bellaz, telah dikongsikan video yang memaparkan Nur Aisywara atau mesra dengan panggilan Wara comel mengenakan pakai seperti patung Young-Hee dalam drama Korea bertajuk Squid Game. Menerusi video itu, Wara meniru gaya watak patung tersebut dengan menggerakkan anak matanya.
Selain itu, menerusi video kedua pula memaparkan gelagat Wara sedang menyapu sampah. Kedengaran Bellaz ada bertanya kepada Wara, sifat rajinnya itu diwarisi daripada siapa. Jawapan yang diberikan oleh Wara membuat ramai yang mendengar menjadi terhibur.
Sehingga kini, video-video baru Wara itu telah menerima puluhan ribu dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Amboi Wara, pandai betul meniru gaya patung Squid Game. Ada juga yang menyamakan warna baju Wara ini juga kelihatan seperti warna tong gas keluaran jenama BHP kerana pada hujung video, ada kelihatan tong gas BHP berdekatan Wara.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton gelagat comel Wara dan ramai yang menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kalau comel macam ni memang tak jadi takut dah, haha.. Lebih rela kena temb4k, hahaa.. Eeee geram betul tengok mek Wara ni.. “
” Muka Wara sampai macam patung dlam squid game tu . Hahahah comei.. Gerammm weh tengokkk dia.. Menjadi betul dia buat gaya tu.. “
” Sat ni model kokowa ka model tong gas bhp ni, hahaha.. Warna lebih kurang ni, hahaha.. Tapi Wara memang comel sangat lah.. “
” Comel sangat Wara ni.. Macm patung squid game yg bertocang tu lah, baru perasan bila tengok, hehe.. Amboi Wara, mata tu kemain lagi jeling.. “
” Kalau hatni, kami lari tangkap Wara bawak balik rumah teruih lah.. Hahahhaa tak takut aihh anak patung kalau comel macam ni.. “
” Kalau gini kiyot la the doll dlm squid game tu, players pon tak takut dah.. Hahahaha silap2 game tu jadi lagi best lah dah tak takut.. “
” Aku tak boleh lah dengan budak ni, geram betul tengok sebab comel sangat.. Hahahaha pandai betul dia tiru gaya patung squid game.. “
Patut lah ramai yang geram melihat Wara, comel sangat gelagatnya. Sekadar Info, Wara juga mempunyai ramai peminat seperti ibunya. Ada sahaja gelagatnya akan dirakam oleh Bellaz dan dikongsikan buat tatapan umum di akaun media sosial. Apa-apa pun, semoga Wara terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen