Artis / Selebriti
” Kalau berani nikah je la, jangan buang masa dengan content-content ni.. ” – Zizan Razak
Video Boss James bertemu dengan Zizan Razak buat ramai terhibur. Boleh pulak Zizan buat muka berlagak masa jumpa James. Reaksi James tu pun kelakar. Nasib lah Boss James, terjumpa pula dengan ex crush kepada crush dia, haha..
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pempengaruh media sosial, Boss James, menemani pengacara jelita, Hawa Rizwana ke rancangan MeleToP. Kehadiran James di sisi Hawa menarik perhatian ramai sehingga ruangan komen dibanjiri usikan warganet.
Ada yang berseloroh mengatakan wajah James jelas menggambarkan seseorang yang sedang ‘dilamun cinta’ hingga membuatkan ramai tersenyum melihat gelagat mereka. Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik James, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik video ketika berjumpa dengan rakan-rakan Hawa di set MeleToP.
Tindakan James yang tampil santai dan mesra dengan kenalan Hawa membuatkan ramai beranggapan bahawa hubungan mereka bukan sekadar biasa-biasa, malah dilihat semakin serius. Namun, momen paling mencuit hati pastinya ketika James bertemu dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Lebih menghiburkan, tertera kapsyen pada video tersebut berbunyi ‘jumpa ex crush kepada crush’. Ayat ringkas itu sudah cukup membuatkan penonton tidak kering gusi, ditambah pula dengan reaksi spontan Zizan yang begitu sporting melayan James.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian James ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aunty nampak Boss James ni kalau dengan Hawa je mesti muka jadi lembut dan saaaaaaaaangat handsome.. “
” Jamel laaa Boss James ni.. Dlu tak kenal sgt siapa Boss James tapi selepas tengok VTT bersemut Boss James dgn Hawa terus jadi minat nak follow.. “
” Nampak dari sinaran mata BJ, bila dengan HR.. Tulus .. in love..Tak tahu la.. Tapi hati ni kuat kata begitu.. Hehe semoga ada jodoh.. “
” Lawak weh time James jumpa Zizan, haha.. Cepat2 James, jangan tunggu lama2, nanti dia di ambil orangggg.. “
” Restu dr Netizen selepas Erra dan Mr E.. Sukanya tngok.. Tak pernah tak senyum sorang² bila lalu wall ni,moga berjodoh lah u all.. “
” Suka dia kalau dengan hawa memang merah padan aihhhh bercemutttt gitchuuuuu.. Dengan Zizan tu, sesi beramah mesra ke, hahaa.. “
” Ex crush tu kelakar weiiii.. Hahaha, sombong aik Zizan, tak nak layan, hahahahahaha… Btw cute Boss James dengan Hawa.. “
Komen Zizan :
Gelagat mereka berdua jelas mencetuskan suasana ceria, apatah lagi apabila Zizan sendiri turut meninggalkan komen di ruangan tersebut. Selain itu, ada juga yang berharap agar kisah James dan Hawa ini akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bossjames_ , hawarizwana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

