Artis / Selebriti
” Kalau aku confirm berdekah tak berhenti. Macam mana lah model tu boleh tak ketawa ek.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Pak Azad ketika catwalk di Fashion Show untuk pakaian baju raya buat ramai terhibur. Cool betul model wanita tu boleh tahan gelak tengok perangai masuk air Pak Azad, haha..
Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Pak Azad menjadi model catwalk baju raya sebuah jenama terkenal di satu fashion show. Difahamkan majlis tersebut adalah memperkenalkan koleksi baju raya tahun 2025 jenama itu.
Menerusi video pertama, kelihatan Pak Azad tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna purple dan bergandingan bersama seorang model perempuan. Menerusi video kedua pula, Pak Azad mengenakan persalinan baju Melayu berwarna hitam.
Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Pak Azad ketika catwalk. Manakan tidak, Pak Azad membuat gayanya yang tersendiri dan tidak mengikut gaya kebiasaan seperti seorang model. Perkongsian video-video ini turut mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan Pak Azad sangat kelakar.

Selain itu, ada juga memuji warna pakaian yang digayakan oleh Pak Azad sangat cantik dan sesuai dengan dirinya. Selain itu, ada peminat mengatakan jika Pak Azad bergandingan bersama isterinya, Eira Syazira menjadi model pastinya akan kelihatan sangat menarik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan mereka. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Tak datang rehearsal ya Pak Azad, berdekah kita tengok tau, haha.. Nasip model tu biasa sudah tahan gelak.. Cuba kalau msh baru memang tersenyum tu.. “
” Buat muka serius pon lawak Pak Azad, haha.. Pak Azad ni betul2 jaga ikhtilat yer, sedepa kau jalan dengan model perempuna tu, haha.. “
” Kalau aku dok sebelah Pak Azad ni confirm berdekah tak benti.. Macam mana lah model tu boleh maintain tak ketawa tak senyum ek.. “
” Mesti model girl tu rasa ni show die pling mencabar.. Nak tahan dekahh.. Hareyy Pak Azad, hahaha namblas kali ulang tayang tau.. “
” Paling di tunggu tunggu, sempoiii Pak Azad, dark , tall & segakk.. Kena betul baju tu dengan Pak Azad.. Kalau pair dgn Eira ni memang ngam teruk ar.. “
” Mcm gitu jer dah lawak berdekah².. Hang mmg sempoi la Pak Azad.. Mcm mana lah pertner dia blh tahan gelak.. Kalau aku taktau nk kata lah mmg aku gelak jer.. “
” Kalau aku jd model sebelah tuu mmg tak jadi catwalk.. Berdekah gelak dulu tgk kelaku Pak Azad.. Hahaha buat hal betul Pak Azad.
Tak pernah tak kelakar lah Pak Azad ni, sempat lagi Pak Azad buat perangai ‘masuk air’ semasa sedang catwalk. Pujian harus diberikan kepada model wanita yang bergandingan dengan Pak Azad kerana begitu profesional. Sehingga ke akhirnya model itu langsung tidak ketawa walaupun Pak Azad membuat kelakar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

