Artis / Selebriti
” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen
Video terbaru trend Tiktok hari raya oleh anak-anak Ashraf Muslim raih perhatian ramai. Wah, semua dah besar. Yang sulung dah anak dara. Cantiknya Sarah, sebijik macam wajah ibunya, Wan Sakinah..
Meninjau ke akaun Instagram Ashraf Muslim, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak-anaknya membuat video trend Tiktok untuk Hari raya Aidilfitri telah meraih perhatian ramai. Ramai tidak menyangka anak-anak Ashraf semuanya sudah membesar.
Paling mencuri perhatian ialah anak sulung Ashraf iaitu Sarah yang sudah besar menjadi anak dara. Sarah merupakan anak sulung Ashraf bersama isteri keduanya iaitu Wan Sakinah. Sudah sekian lama Ashraf tidak berkongsi wajah anak sulungnya ini di media sosial.
Ada yang menyatakan wajah Sarah saling tidak tumpah seperti wajah ibunya. Cantik dan manis dengan penampilannya yang sopan serta bertudung. Malah adik-adiknya juga sudah semakin membesar dan hubungan mereka sangat akrab walaupun berlainan ibu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik buat masa ini. Sudah menjadi trend terkini membuat video Tiktok setiap kali tiba hari raya buat anak-anak generasi sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan anak sulung Ashraf. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Kakak Sarah , subhanallah – mcm ibu – hampir tak kenal. Lama dh tak bersiaran .. sedar sedar dah besar semuanya.. huhu.. “
” Eeh semua dah besar la.. cepatnya masa berlalu .. sarah dah anak dara.. selamat hari raya buat ashraf dan keluarga.. “
” Dah besar kak Sarah. Lama x jumpa.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Ashraf dan Keluarga.. Happy famili and semoga bahagia.. “
” Dah besar dah kak Sarah, comel. eid mubarak ! kirim salam kata mama & ibu.. selamat hari raya tuan.. maaf lahir batin.. “
” Semua comel Salam Aidilfitri.. fuyoo blh fyp mcmni.. dh bsr smuaa.. Selamat Hari Raya Ashraf and keluarga.. Maaf zahir batin.. “
” Dah besar² anak² uols.. Salam Lebaran mulia Mohon dimaafkan segala yang tersurat & tersirat..moga Allah merahmati Kita semua.. “
” Alaaa dh besar semua pamdaii btiktok.. Da ada anak dara weh.. Dah pandai belaka budak2 ni.. comel comel semuanya.. “
Perkongsian oleh Ashraf Muslim ini jelas membuktikan bahawa masa berlalu begitu pantas apabila melihat anak-anak yang dahulu kecil kini sudah meningkat remaja. Keakraban yang ditunjukkan antara adik-beradik ini juga menyentuh hati ramai, sekali gus menjadi contoh indah sebuah keluarga yang harmoni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ashraf muslim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

