Artis / Selebriti
” Kak Long dah berani meminta erk, tersedak Fattah dengar Kak Long kata macam tu. Neyyy.. ” – Komen Netizen
Video dialog Amira Othman bersama Jep Sepahtu dan Ropie dalam Sepahtu Reunion Live buat ramai terhibur. Amboi masing-masing mengusik Amira dengan Fattah. Tak sangka Amira berani bagi pickupline pasal Fattah, berdekah penonton gelak. Bak kata Jep, dah bau nasi minyak, hehe..
Sejak bergandingan bersama Fattah Amin dalam banyak projek kolaborasi, nama Amira Othman semakin meningkat naik dan menjadi sebutan. Bak kata Amira, dia menumpang populariti Fattah, namun kehadiran Amira dalam hidup Fattah membawa sinar dan kegembiraan untuk duda hangat itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Malaysia Trends dan Yayahalym, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira menjayakan program Sepahtu Reunion Live. Amira memegang watak Cempaka dan berkasih dengan Jep Sepahtu yang membawakan watak Arjuna.
Lakonan dan nyanyian Amira memikat penonton yang menonton. Jep pula ada sahaja ideanya mengusik Amira dan mengaitkannya dengan hubungan bersama Fattah. Tergelak penonton yang hadir mendengar ayat-ayat usikan Jep, lebih-lebih lagi part pertanyaan ‘Fattah tak marah’.

Amira juga memberikan pickupline yang ada kaitannya dengan Fattah ketika berdialog bersama Ropie. Pickupline Amira itu mendapat sorakan dan tepukan daripada penonton. Tentu berbunga-bunga hati Fattah mendengar pickupline Amira itu.
Jom tonton video di bawah :
@malaysiatrends Kak long datang sepahtu gaisss #sepahtureunionlive2025 #amiraothman #sembangentertainment #net #fattahamin
@yayahalym 🤍@amiraothmanofficial 🤍 @officialteamamira @amiracle.army @sepahtureunionlive #amiraothmanofficial #famiracle #fattmira #amiraclearmyuntuksemua #sepahtu
@malaysiatrends Kak long bagi pickupline tentang abang long 🔥😍 #amiraothman #fattahamin #sepahtureunionlive2025
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha bau nasi minyak… sepahtu pun meminta jgk ek.. ketiadaan saya nanti jangan awak meniaga buat live pulak haha. jep memang meminta.. “
” Tersedak Fattah nama kena sebut haha.. Selagi tak kahwin memang akan disebut.. Amira gelak kuat.. “
” Adoi kak long siap gelak eh.. hahah.. dia tak marah, pendekar awang mana jeles katanya haha.. tapi ye ke tak jeles.. “
” Mantap Mira, punch line power.. sepatutnya dialog balasan pak kodi; “Awak meminta ye,” “Awak meminta ye,” kat rumah saya ada store kosong, awak nak masuk kedalam?” haha.. “
” Fattah makan bersembur nasi dengar kak long kata macam tu.. Aamin.. kak long dah berani meminta erk, neyyy.. “
” Dah aku senyum sorang seorang haha.. kalau dah mcm nie.. mmg confirm la tu.. tk yah berdolak balik.. “
” Ni reject punya line bukan pick up line haha.. jaga hati bang long ni.. lawak lah kak long ni.. memintaaa.. “
Bukan biasa-biasa pickupline Amira, confirm teman sekerja boleh tersedak kerana namanya disebut berkali-kali. Apa-apa pun, lakonan yang hebat dan santai daripada Amira. Moga bau nasi minyak yang Jep katakan itu cepat-cepat menjadi kenyataan

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok Malaysia Trends
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen

