Artis / Selebriti
” Kak Kepom ni down to earth sangat, nampak keikhlasan layan mereka.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein bertemu dengan Nora, orang Asli yang tular menyanyikan lagu Elly raih perhatian ramai. Wah, sampai sebak Nora dapat menyanyi dengan Kak Lina. Kak Lina pun sangat humble, pakai T-Shirt dan kain batik je..
Meninjau ke akaun Instagram Elly mazlein, perkongsian sebuah video yang memaparkan Elly bertemu dengan seorang perempuan orang asli bernama Nora telah meraih perhatian ramai. Sebelum ini, Nora pernah tular kerana menyanyikan lagu milik Elly.
Elly pernah menyatakan hasrat untuk bertemu Nora kerana suaranya yang cukup merdu. Akhirnya hari ini Elly berjaya bertemu dengan Nora di perkampungan orang asli. Elly meluangkan masa dengan sama-sama menyanyi dengan Nora.
Paling menarik ialah pemakaian Elly yang cukup santai dengan memakai kain batik dan tshirt sahaja. Cukup merendah diri dan Elly pandai membiasakan diri dengan orang-orang asli di sana. Pertemuan ini turut mengundang rasa sebak di hati Nora.

Pastinya Nora tidak menyangka dapat bertemu dengan Elly dan bertentang mata. Perkongsian video ini telah meenrima lebih ribuan tanda suka dalam tempoh sejam ia dimuatnaik buat masa ini. Suara Nora sememangnya cukup power dan merdu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Kak kepom ni down to earth sgt. Dia pakai kain batik nyanyi gn nora supaya nora rasa selesa dgn dia… lebiuuuui kak kepom.. “
” Kak lina no syatu… thn ni kita bagi abpbh kat kak lina.. Bagus kak lina ni nampak keikhlasan dia layan mereka tu.. “
” Ish kak lina ni lahhh..tolong lah tahun ni ramai ramai vote kak lina abpbh dia nom syatu ok!artis berjiwa rakyat majmuk! .. “
” Aku respect gila kat kepom ni.. semoga kepom dalam rahmat allah swt. Releks jeq an kak kepom ni…mne2 Pon bleh layan ehhh kak kepom no syaaatuuuu.. “
” Kak kepom ni hati baik. Dari mata kasar pun kita boleh nilai kepom ni orang yang mcm mana. Tolong kita sama2 vote kepom ABPBH artis paling fofularrrrrr ini tahun.. “
” Makin suka dengan kak lina@elly mazlein@kak kepom..memang no syatu la dia. Susah nak nampak artis atau selebriti yang mcm ni. Sempoi, humble, selalu usaha jumpa peminat. Semoga sukses terus kak Lina.. “
” Tinggi jugak kak pom erk… Mantap kak lina.. dah macam YB turun melawat kawasan Tahniah utk team.. Down to earth kak kepom apa kata next BPP jom ramai2 undi Kak Lina yaaaa .. “
Pastinya pertemuan bersama Elly ini merupakan satu kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan oleh Nora. Siapa sangka artis popular datang menyantuni ke perkampungan mereka kan. Memang terbaiklah sikap Elly yang mudah mesra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

