Artis / Selebriti
” Kacau lagi dating time orang ye, tarik kuat sikit Dato’ K, haha.. ” – Komen Netizen

DS Siti Nurhaliza kongsi gambar suaminya, DS Khalid Mohamad Jiwa menarik telinga Nabil Ahmad buat ramai terhibur. Tu lah Nabil, kacau lagi Tokti dan Datuk K nak dating, kan dah kena tarik telinga. Bak kata Tokti, Datuk K baru nak bermanja dengan isteri dia, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, posting terbaru Dato’ Seri Siti telah meraih perhatian ramai. DS Siti memuatnaik beberapa keping gambar ketika dia dan suami secara kebetulan bertemu dengan Nabil Ahmad dan keluarganya.
Apabila bertemu, Nabil tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama DS Siti dan suami. Namun apa yang mencuri tumpuan apabila sekeping gambar yang memaparkan telinga Nabil telah ditarik oleh DS Khalid. Tak sangka DS Khalid juga pandai bergurau rupanya.
Menurut DS Siti dengan nada berseloroh di ruangan kapsyennya, DS Khalid hanya ingin meluangkan masa bersama isteri tersayang sahaja. Namun tanpa disangka, Nabil pula yang hadir. Alamak, silap timing lah pula bertembung dengan Nabil sekeluarga, hehe.
Perkongsian ini telah menerima lebih 42 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan senang untuk bergambar bersama biduanita negara ini. Nabil sebagai selebriti pun teruja dapat bergambar bersama DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat reaksi DS Khalid yang menarik telinga Nabil. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ekekeee. Kacau lagi dating time orang ye. Tapi comeiiii.. Muka suami isteri iras²… Lurveee.. Randomnya caption Dato’ Seri.. “
” Confirm nabil lepas ni mungkin pekak sebelah hahahhahaha.. Since dapat gelaran Biduanita semakin humble ctdk love sgt.. “
” Ooo bestt laaa.. nabil dia ada dlm ig tokti.. Awasss Nabil…. Suka buat Kakiti pening.. pic 2nd tu, sebijikk muka afwa senyum.. tak nampak mata .. “
” Tarik kuat lagi Dato K!! Bisik sekali cakap jangan suka-suka panggil Tokti dimajlis rasmi macam semalam! Tak proper! NabilNomoreTokti.. “
” Pening Kepala mcm nabil.. Hahaha…kan dah kena tarik telinga tu… Hahaha smlm jumpa atas pentas. Harini trjumpa bercuti pulak.. “
” Nabil ni mmg mudah mendekati org2 yg ada aura garang. Dari CT muka baby face toi.nmpk cute Dan awet muda.. Wahai Biduanita negara….masihhh blushinngg lagi ke diri sebelah kim.. “
” Sempat DK tarik tinge Nabil..hahahaha, tarik kuat² cikit Tok .. comelnya Siti pakai cmtu, Afwaa sgt.. Nanti Afwa nampak gambar ni “ibu tak sayang Afwa pun”.. “
Jarang sekali kita melihat reaksi spontan sebegitu yang ditunjukkan oleh DS Khalid. Ini bermakna DS Khalid juga merupakan seorang yang kelakar dan sporting. Jangan serius sangat, itu hanyalah gurauan DS dengan Nabil sahaja. Semoga jodoh DS Siti dan DS Khalid berkekalan hingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen