Artis / Selebriti
” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ijoy Azhari menyakat Hadie buat warganet terhibur. Nakal betul Ijoy, sampai menjerit-jerit Shiera marah Ijoy mengusik Hadie macam tu. Bakal menantu kesayangan ni, hehe..
Tidak hanya akrab dengan Oddah, anak sulung Ina Naim, Hadie Elfardie juga berhubungan baik dengan semua ahli keluarga Oddah. Kedua ibu bapa Oddah, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari juga selesa dengan kehadiran Hadie dalam keluarga mereka. Keperibadian Hadie salah satu punca dirinya disenangi ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Triomut3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ijoy menyakat Hadie ketika Hadie menemani mereka sekeluarga di event Hello Putrajaya. Mereka semua berada di dalam bilik hotel dan kelihatan Airra sedang disolek.
Ijoy yang berdiri di hadapan pintu bilik air menahan pintu itu dengan tangannya. Hadie pula yang berada di dalam bilik air memanggil orang di luar kerana pintunya tidak dapat dibuka. Hadie tidak mengetahui Ijoy punca mengapa Hadie tidak dapat membuka pintu.

Shiera yang mendengar suara Hadie memarahi Ijoy kerana menyakat Hadie. Kedengaran suara Zal dan Oddah ketawa melihat telatah Ijoy itu. Bukan Oddah sahaja yang kuat menyakat, ayahnya lagi berganda-ganda perangai suka menyakat Hadie. Memang family yang happy go lucky.
Jom tonton video di bawah :
@triomut3 kesian hadie #fyp #hadie #shiraijoi74 #foryou #xybca @_ehmadhadie @Shieraijoy
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kacau bakal menantu kesayangan doh, cehh.. Best lah tengok Hadie dengan family Odda ni.. ijoy memang kaki sakat hadie.. “
” Seronok Hadie dapat bakal pak mertua macam ni. gurau gurau manja.. Ijoy ijoy kenapa lah dikacau budak Hadie tu haha.. “
” Future FIL dan MIL yang sangat supporting dan sayang pada Hadie. MIL kena jaga Hadie sebab dah janji pada besan.. “
” Hadie ni budak baik. tu mak pak Odda pun suka menyakat.. orang ramai sayang.. kelakar ayah Odda ni.. dengan kita mengekek ketawa.. “
” Family oddah ni memng sayang btul dgn Hadie ni untung la Hadie tk perlu nk try hard sbb pribadi dia tu buat org suka.. “
” Uishhh nampak unsur unsur menantu kesayangan ni.. usik menantu kesayangan, apa salahnya hehe.. mak mertua tak rela Hadie kena usik haha.. “
” Baik sgt layanan dorang kat hadie dan semua org yg dtg kat rumah dorang.tanpa bias & judging.dorang ni family members semua baik2. ya Allah kt rs selesa kalau nk dtg. dorang bt mcm saudara sendiri.. “
Terhibur sungguh warganet melihat perangai Ijoy menyakat Hadie itu. Shiera pula sangat protective menjaga Hadie dengan baik. Peminat tumpang gembira melihat layanan keluarga Oddah terhadap Hadie, sudah seperti ahli keluarga sendiri. Semoga ukhuwah ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Triomut3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

