Artis / Selebriti
” Jep punya nervous hilang habis perangai asal gila-gila dia. First time tengok muka cuak Jep, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Jep yang begitu nervous ketika CEO Astro datang ke konti Radio Sinar buat ramai terhibur. Part Jep speaking London tu paling win, nasib CEO pun sporting, haha..
Meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan penyampai geng Pagi Di Sinar iaitu Jep, Rahim dan Ray telah menerima kunjungan daripada CEO Astro iaitu Euan Smith pagi tadi. Namun, apa yang menghiburkan adalah reaksi Jep saat CEO tersebut datang.
Tidak disangka selepas bersalaman, CEO terus berborak bersama dengan Jep. Kedengaran mereka ada berborak mengenai larian pagi dan Jep berkata dia juga seorang pelari dan pernah berlari sejauh 21 km dengan menggunakan kasut berjenama Adidas.
Telatah Jep yang agak nervous menggunakan Bahasa Inggeris ketika berinteraksi bersama CEO itu telah mengundang tawa ramai. Seloroh warganet, ini pertama kali melihat wajah Jep begitu cuak dan sekali gus hilang perangai masuk airnya.

Setelah CEO itu pergi, Jep menghembuskan nafas lega dan kelihatan Rahim sempat ketawa melihat telatah Jep itu. Sehingga kini, perkongsian video itu telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menonton video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jep punya nervous hilang habis perangai asal gil4-gil4 dia. First time tengok muka cuak Jep, haha.. Ckp la shoes mendongak jep hahaha.. “
” Tengok muka reaction melawak dgn bos tak sama muka time melawak dgn mmber2 lama. Wkwkwkw, ni baru real kelakar.. “
” Benda akan terjadi bila bos tiba2 dtg ataupun speaking kita so2 je pastu bos bnyk berckp dgn kita berbanding kwn2 lain, haha.. “
” Dia sbnrny bukan sbb kna speaking ke ape tp sbb org tu boss kita .. Pd hal boss tu ok je cuma bila tetiba muncul kt department kita dia jd kelam kabut yg tak tau punca.. “
” Boss ajak melawak version dia la, dia pun tahu Jep melawak cuma tak pandai nak reverse balik version. Ah takpe Jep, tgk ni je dah kelakar habis.. “
” CEO mmg suka tau terjah2 cmni.. Nasib laaa siapa yg kena hari tu.. Hahahaha… Selalu biler kes cmni.. nyk gelak dr bercakap.. Cover2.. “
” CEO pun dibulinya walaupun BI separuh masak. Itulah hebatnya Jep… Aku tak leh la tgk muka Jep ni.. Hahaha.. “
Bukan sahaja Jep, Rahim dan Ray pun nampak nervous juga tu, tetapi nasib mereka baik kerana CEO itu lebih tertarik untuk berborak bersama Jep. Part paling kelakar adalah ketika Jep nak memberitahu bagaimana bentuk kasut Adidas yang dipakainya itu, sempat Jep membuat gaya tangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

