Connect with us

Artis / Selebriti

” Jemyma mewarisi kehebatan penulisan ayahnya, ayat tersusun cantik.. ” – Komen Netizen

Perkongsian hadiah dan kad ucapan daripada anak Fasha Sandha, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma buat datuk dan nenek mereka raih perhatian ramai. Alahai, sweet dan comel sangat kad ni. Siap ada lukisan lagi..

Meninjau ke akaun Instagram Raja Noora, perkongsian beberapa keping gambar yang menunjukkan hadiah dan juga kad ucapan daripada cucunya iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma telah meraih perhatian ramai. Kedua-duanya merupakan anak kepada Fasha Sandha bersama bekas suaminya, Toh Muda Dato’ Rizal Ashram Ramli atau mesra dipanggil Jejai.

Kad dan hadiah ini diberikan bersempena datuk mereka iaitu Tun Ramli Ngah Talib telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang kesembilan. Apa yang menarik, Rayfal dan Jemyma menghasilkan sendiri kad ucapan mereka.

Kad tersebut menggunakan tulisan tangan dan turut dilukis gambar yang cukup menarik. Kedua-dua mereka menunjukkan kreativiti masing-masing beserta ucapan yang cukup panjang yang ditulis oleh Jemyma. Tulisan mereka juga cukup cantik dan kemas.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaikΒ  buat masa ini. Ramai netizen tertarik dengan kad ucapan Jemyma yang dilihat cukup kreatif dan ucapan yang ditulis juga menunjukkan kematangannya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Ha ha ha… boy. So simple. Girl. Always very xpressive Β jauhlah Toh Puan nk dtg Lunch ke Bentong yer..semoga Allah kurniakan kesejahteraan buat Tun dan Toh Puan .. “

” Boy’s card vs Girl’s card. Boys punya simple, straightforward. Girls more expressive and full of feeling. But both are sweet and meaningful to Atok and Tah.. “

” Β Ini yang akan jadi hadiah dan memori paling bermakna buat mereka .. Such loving grand children.. Cantik nya tulisan jemyma..secantik manis mcm jemyma jugak.. “

” Jemyma mewarisi kehebatan penulisan ayahnya yg saban tahun menulis utk wish besday ank2nya…ayat tersusun cantik.. “

” Kad buatan sendiri paling berharga dgn nilai kataΒ² yg murni dan syahdunya bila membaca. Inilah didikan seorang ibu dan ayah yg bertanggung jawab yg diaplikasikan di dlm kad. Qal, Rayfal, Jemyma dll adalah cucuΒ² kesayangan Atok & Tah.. “

” Cantik lukisan raysha.. Talented!. Matang nmpk ank perempuan fasha. Dah besar, makin cantikkk. Rayfal is super expressive and absolutely adorable… “

” Comelnyaaa.. kreatif dan cantik sangat2 handwriting, drawing… congrats tah and atok.. Cantik sungguh jemyma.. Such sweet cucu.. “

Alahai, sweet sungguh kad ucapan daripada Rayfal dan Jemyma ini. Pastinya kad ucapan kedua-dua mereka ini akan disimpan rapi oleh datuk dan nenek mereka. Kad hasil tangan sebegini akan sentiasa menjadi memori indah buat sesiapa sahaja.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rajanoora

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak