Artis / Selebriti
” Jebat kalau duduk dengan Sharnaaz nampak low profile je.. ” – Netizen

Video Sharnaaz Ahmad Bersama Jebat Jayden Makan Bersama-sama Raih Perhatian Peminat. Alahai Elok Bersila Masing-Masing Dekat Lantai. Seronok Betul Jebat, Sengih Memanjang !!
Beberapa hari yang lalu, Noornabila telahpun berlepas ke Korea dan kini sedang bercuti bersama sahabat baiknya, Rosix Omar. Sementara ketiadaan Noornabila di dalam negara, anaknya Jebat Jayden diletakkan di bawah jagaan Sharnaaz Ahmad.
Seperti biasa, jika Jebat bersama Sharnaaz, pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukan mereka bersama-sama. Pada perkongsian terdahulu, Sharnaaz ada berkongsi beberapa keping gambarnya bersama Jebat yang mana kedua-duanya mengayakan kasut yang sama. Bak komen peminat, sama segak Baba dan Jebat ini.
Meninjau entry terbaru Sharnaaz di Instagramnya, satu video terbaru Sharnaaz dan Jebat telahpun dimuatnaik. Dengan kapsyen berbunyi ‘ Just the two of us, always and forever my boy ‘ , perkongsian ini mendapat perhatian daripada ramai.
Amboi ‘anak antooo’ Penang sungguh dua beran4k ini. Elok masing-masing duduk bersila di atas lantai sambil menikmati nasi kandar bungkus. Jebat pula tersenyum sahaja dan gaya jari peace tu tak tinggal ye Jebat. Dengan baba makan nasi bungkuslah Jebat, tetapi itulah moment manis untuk mereka berdua.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Sharnaaz ini telahpun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jebat comelll.. Anak akan selalu mengingat apapun yg dilakukan, diperjuangkan, ayah dan ibunya. Sharnaz hebat. Nabila juga hebat.. “
” Jebat kalau duduk dengan sharnaaz nampak low profile je.. rendah diri sungguh.. Enjoy Jebat, makan nasi kandaq ke tu hehe.. “
” Lepas makan cuci tgn. Nanti tangan ossaak hahaha. Y so cute jebat ? comel jaa senyum tuu . hariaaa noh nasik kandaq tu.. “
” Comeyy nye jebat makan.. Banyak betul baby makan haha. Suka sangat tengok korang berdua.. “
” Ishhh anak terun4 ni memang penang tetap penang la jugak. Comei aihhh dia memang geng baba dia noo.. “
” Ala comelnya anak baba.. enjoy je dia makan nasi kandaq.. bersila siap.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh Jebat.. “
” Precious moment Jebat dengan baba, makan nasi kandaq bersila atas lantai pun jadi hehe.. Pelapis baba Jebat ni.. “
” Sharnaaz ni sangatlah fatherly orangnya.. suka tengok post dia pasal Jebat Jayden.. tak sempurna tetapi selalu berusaha untuk jadi yang terbaik untuk Jebat.. “
Seronok peminat melihat cara Sharnaaz melayani anaknya ini. Low profile dan santai sahaja, janji hidup kena happy selalu. Apa-apa pun, semoga Jebat bahagia selalu bersama Baba yang disayanginya ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen