Artis / Selebriti
” Jayden cakap Kelantan akhirnya, haha. Aritu bukan main tak mau Kelantan.. ” – Netizen
Video Gelagat Mencuit Hati Jebat Jayden Bercakap Dalam Loghat Kelantan. Wah Akhirnya Keluar Juga Loghat Kelantan Jebat. Anak Penang Dah Bertukar Ni, Comel Je Sebutan Tu !!
Anak Sharnaaz Ahmad dan Noornabila iaitu Jebat Jayden sering menjadi tumpuan ramai. Telatah Jebat yang riuh dan banyak mulut begitu menghiburkan, apatah lagi jika Jebat berbicara tentang negeri mommy dan babanya, Kelantan dan Pulau Pinang.
Meninjau akaun Instagram Srikandi.79, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jebat ketika sedang asyik melukis. Video ini yang dirakam oleh Ccik membuatkan warganet tergelak melihat gelagat Jebat. Sebelum ini, Jebat cukup anti jika disebut tentang Kelantan.
Finally Jebat bercakap juga dalam loghat Kelantan. Ccik menyuruh Jebat mengulangi sekali lagi apa yang Jebat sebutkan sebelum itu. Memalingkan muka ke arah kamera, Jebat menyebut ‘ Gapo dio ‘ yang membawa maksud ‘apa dia’.

Tergelak Ccik mendengar ayat Jebat. Ini baru lah betul anak Kelantan, sebutan Jebat tidak kedengaran pelat langsung. Pure punya sebutan Kelantan ini Jebat . Seronok lah mommy Jebat sudah pandai bercakap dalam loghat Kelantan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 80 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pure tu.. tok pelek lasung ‘ gapo dio ‘.. Suka nenek bila Jayden kecek kelate.. hahaha.. jayden jayden.. ”
” Jayden cakap kelantan akhirnya haha.. aritu bukan main lagi tak mau balik kelantan.. anak penang la apa lah.. hah gapo dio hahaha.. ”
Sedap juga mendengar Jebat bercakap loghat kelantan tu. Hari-hari mommy dengan Cchik asyik cakap Kelantan je, sikit sebanyak tentu terikut Jebat ye. Kalau sudah ada keturunan Kelantan, memang tak akan lari ke mana lah Jebat Jayden.

Semoga banyak lagi video sebegini yang Cchik kongsikan selepas ini. Serba boleh lah Jebat, loghat Penang pandai, loghat Kelantan pun boleh. Apa-apa pun, semoga Jebat Jayden membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang membanggakan Mommy dan Baba.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Srikandi79, IG Jebat Jayden, IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

