Artis / Selebriti
” Jarang-jarang nampak adik perempuan Dato’ Aliff. Muka ada iras Kak Yati, cantik sangat.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri keluar bersama kakak dan dua orang adiknya raih perhatian warganet. Wah jarang tengok adik Dato’ Aliff yang dua orang ni. Handsome dan cantik macam Dato’ Aliff dan Kak Yatie Kamarzaman juga..
Meninjau di akaun TikTok milik Yatie Kamarzaman, kakak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri telah dikongsikan video yang memaparkan telatah mereka adik beradik. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah dua lagi adik-beradik Dato’ Aliff Syukri.
Kelihatan Yatie dan adik-adiknya itu berada di sebuah mall serta mereka mengabadikan video bersama-sama. Tulis Yatie di ruangan kapsyen, mereka adik-beradik jarang-jarang dapat berkumpul seperti ini dan Yatie mengakui, dia sering memarahi adik-adiknya kerana mereka suka membuat hal.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan tidak tahu sebenarnya Dato’ Aliff mempunyai ramai adik-beradik. Komen warganet, sebelum ini mereka hanya mengetahui Yatie adalah kakak Dato’ Aliff sahaja.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Wah cantik dan handsome anak-anak Bonda Rozita ni. Yang adik perempuan sebelah kiri tu jarang-jarang nampak.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@yatie.kamarzaman Semua ni pernah kena marah dgn Kak Long. Masing2 ada buat hal. Jarang2 blh kumpul mcm ni @Aliff Syukri Kamarzaman , @Man, @AJ #siblings
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan Dato’ Aliff dua beradik je dengan Kak Yatie. Rupanya ada lagi.. Ramai juga ya ank bonda. Ngatkn sis Yati 2beradik ja.. Yg lelaki tu Ajim kan.. “
” Wahhhh bestnye dapat kumpul dgn adik beradik.. Bila masing2 dh Ada tggjwb masing2 ssh kn nk jmpe Kak Yatie.. “
” Macam semua sebaya je, haha.. Adik yg perempuan tu bila gelak sama mcm Kak Yatie betul lah.. Aja kan, sebiji betul muka.. “
” Cantik betul anak-anak perempuan Bonda.. Si Aja tu jarang-jarang nampak.. Muka ada iras Kak Yatie.. Cantikk sangat tengok.. “
” Si sulung nampak awet muda, dah nampak macam Dato’ Aliff abang pula, hehe.. Bestnya dapat berkumpul adik beradik.. “
” Kak Long cantik nya.. Muda remaja betul.. Patutlah handsome papa dan adik beradik cntik bonda pun cantik kan.. “
” Memang nampak banyak akal Dato’ Aliff ni, hehe.. Periang pula tu.. Seronok nya dapat kumpul adik beradik, meriah tengok.. “
Untuk info, lelaki dan perempuan berbaju putih itu adalah Ajim dan Aja yang merupakan anak Bonda Rozita menerusi perkahwinannya yang kedua. Malah, Dato’ Aliff masih mempunyai dua lagi adik perempuan hasil perkongsian hidup Bonda bersama suaminya yang ketiga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok yatie.kmrzmn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah

