Artis / Selebriti
” Jakelina tamak ehh. Semua benda nak disebatnya, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Elly Mazlein di sebalik tabir bersama kru Jakel buat ramai terhibur. Duta terpaling function di abad ini. Memang berbaloi ambil Jakelina ni, tak rugi, haha..
Umum mengetahui yang pengacara, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein merupakan antara duta utama untuk Butik Jakel. Setiap kali membuat promosi, gelagat spontan dan selambanya sering kali mencuri perhatian ramai. Tidak hairanlah setiap video yang dikongsikan olehnya sering mendapat tontonan tinggi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Elly telah memuatnaik sebuah video di sebalik tabir ketika menjalani penggambaran bersama kru Jakel. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Elly sangat sibuk membantu kru membawa lighting ke sana ke sini, seolah-olah Elly juga salah seorang tenaga kerja belakang tabir.
Apa yang menarik perhatian ialah kesungguhannya membantu walaupun bukan tugasnya. Telatah bersahajanya itu membuatkan ramai terhibur. Gelagatnya yang tidak pernah ‘kekwat’ dan sentiasa menyenangkan menjadikan setiap situasi lebih ceria dan seronok.

Ramai warganet turut memuji Elly sebagai duta terpaling rajin, malah mengatakan kehadirannya di lokasi penggambaran sudah cukup untuk membuatkan ramai tersenyum. Perkongsian ini meraih banyak tontonan warganet dan memperolehi banyak tanda suka.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah Elly dan memberikan pelbagai kata-kata usikan kepadanya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jakelina tamak ehh. Semua benda nak disebatnya, haha.. Untung lah Jakel, dapat duta macam dia ni, aktif.. “
” Hahhahaha duta terpaling function di abad ini memang berbaloi ambik k lina jadi duta.. Terbaik lah Kak Lina kita.. “
” Ngaderla, terhibur saya KakLina.. Selalu memang ada seorang pun perangai mcm ni di tempat kerja.. Dia lah terpaling byk buat kerja.. “
” Tu kain berkayu kayu pun kak Lina punya koje juga kan….kak Lina kan no syatu… Hahahahaha, pekerja contoh sangat ni Sharifah Jakelina oiii.. “
” Memang semua dia sapu lah.. Jakel nk yg no syatu, kan. Dia je lah.. Mmg betul2 function duta ni… Tak rugi bayar mahal pun takper.. “
” Takkan tidakkkk no syatuuu kan.. Dah macam Ali Baba lari kena kejar penyamun dalam gua.. Tak sia2 byr duta ni dikkk, terpalinggg dpt sambutaaaannnn.. “
” Kalau bos Jakel kata kak lina tak buat keje… Ni ha bukti semua kak Lina dah buat ok… Hahaha terbaik lah.. “
Video tersebut bukan sahaja mencuit hati warganet, tetapi turut menyerlahkan sisi peribadi Elly yang rajin, rendah diri, dan mudah didekati. Semoga Elly Mazlein terus sukses dalam kerjayanya sebagai duta dan selebriti, serta terus menceriakan peminat dengan telatah lucu dan aura positif yang dibawanya.

Silakan SHARE..
Sumber :IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


