Artis / Selebriti
” Itulah Abby Abadi yang susah nak ada pada perempuan lain, senang memaafkan.. ” – Komen Netizen
Video Abby Abadi sudah berbaik dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza raih perhatian warganet. Bak kata Memey, Abby dan Norman dah macam Tom & Jerry. Sebak pula tengok Memey peluk Abby..
Baru sebentar tadi kami berkongsi video live Norman Hakim telah membawa anak keduanya, Marissa Dania berjumpa dengan Abby Abadi. Kebetulan pada ketika itu Abby sedang membuat live menjual barangan keluarannya di Tiktok.
Situasi itu telah dirakam oleh seorang pengguna Tiktok. Ramai yang tersentuh melihat Abby menangis selepas Marissa bersalaman dan memeluk ibu kandungnya itu. Hubungan antara ibu dan anak pastinya tidak akan terputus sampai bila-bila. Boleh baca artikel yang kami kongsikan sebelum ini.
Yang terbaru, Norman telah berkongsi video keluar bersama isterinya, Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi. Kedengaran suara Memey mengatakan Norman dan Abby ini ibarat Tom & Jerry. Adakalanya mereka bergaduh dan kemudian akan berbaik semula.

Perkongsian ini telah menerima lebih 2000 dan 100 komen selepas 20 minit dimuatnaik dan setakat artikel ini ditulis. Rata-rata warganet memuji Abby seorang yang pemaaf serta usaha Norman dan Memey untuk berbaik dengan Abby juga harus dipuji.
Tonton video di bawah :
Rata-rata warganet mendoakan semoga hubungan keluarga mereka akan berkekalan. Anak sulung Abby dan Norman, Danish Hakim juga turut meninggalkan komen. Antara komen-komen yang ditinggalkan :
” Ibu2 bapa2 saya semua orang baik… Saya anak diorang saya tahula.. ” – Danish Hakim
” Abby ni hati lembut.. so bila norman dgn memey berbaik dgn abby, dia pun hati sejuk.. Ya Allah jadi kan aku sekuat seperti Abby.. “
” Alhamdulillah.. sebelum terkeluar alkisah yg lama lebih byk.. Norman Hakim mgmbil langkah yg bijak.. Lembut hati Abby ni.. Comel lah.. jangan gado gado okehh.. “
” Adoii.. netizen boleh gaduh2.. depa boleh plak tom n jerry kan… Klaka laa, adehhh.. itulah abby abadi yg ssh nk ada pada perempuan lain.. senang memaafkan.. “
” Apapun semoga semuanya berjalan dengan baik. Aib keluarga semoga tak makin berleluasa disebarkan.. abby ni mls gdo dia mtk hak ank2 je.. “
” Pujuk memujuk la ni ye.. bagus la cam ni.. Alhmdulillah.. mgkin da baik semula nih.. smoga yg baik2 je demi kluarga dan ank2.. “
” Ya Allah.. baiknyaa hati Abby abadi ni.. lembut hati bak bidadari.. Yey tom n jerry dh berbaikkk.. Family tetap family.. “

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk keluarga besar Abby Abadi, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan anak-anak mereka. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya dan dapat memperbaiki apa yang sepatutnya supaya ukhuwah kekeluargaan akan berkekalan selama-lamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

