Connect with us

Artis / Selebriti

” Isteri yang baik, humble, suka bahagiakan sesiapa saja di sekelilingnya. Tak ramai artis macam Fasha.. ” – Komen Netizen

Video Fasha Sandha bersama Aidil Aziz menaiki bas dari Johor ke Singapura untuk menghadiri konsert The Next Wave Siti Nurhaliza raih pujian ramai. Artis yang paling humble. Paling syok, Aidil dapat birthday wish daripada Tokti masa konsert. Senyum lebar Aidil.. 

Tidak hanya peminat di kalangan orang ramai tetapi ramai juga selebriti yang menjadi peminat tegar biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Ini termasuklah pelakon cantik, Fasha Sandha yang meminati DS Siti sejak dari dulu lagi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fasha, telah dikongsikan moment indah Fasha bersama suaminya, Aidil Aziz dan anak mereka, Aisha Amaira menaiki bas dari Johor ke Singapura. Ianya turut disertai oleh beberapa orang rakan Fasha dan mereka sangat enjoy menaiki pengangkutan awam.

Fasha sememangnya artis yang selalu merendah diri dan tidak berlagak diva. Tumpang seronok warganet melihat perjalanan pendek Fasha itu. Selain artis yang berdisiplin, Fasha juga isteri dan ibu yang penyayang. Semuanya dilakukan sendiri oleh Fasha, baik dari menyiapkan pakaiannya dan Aidil sehingga bersolek pun sendiri.

Paling manis apabila DS Siti memberi kejutan kepada Aidil berupa ucapan dan nyanyian lagu selamat hari lahir. DS Siti turut mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahayamata lagi. Meriah suasana selepas konsert dan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Fasha dan Aidil.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun merekodkan lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Fasha memang dari dulu humble… dia mampu je nk naik flight kalau tk nk jam tapi dia choose public transport.. “

” The best ever birthday utk suami… moga bahagia sampai jannah aidil dan fasha… Happy birthday again aidil.. “

” MasyaAllah.. so humble. Tak ramai artis macam kamu. Semoga sentiasa diberkati Allah swt.. suka tengok fasha ni, tak sombong langsung.. “

” You are the most humble artis that I know. Beautiful.. mesti rasa nak pengsan cik Abg Fasha kan? Tidur Lena tak malam tu.. “

” Nangis la.. terharu tengok.. orang2 hebat saling menghargai.. so special wish birthday dari Datok Siti.. happy birthday aidil moga panjang umur dan berbahagia disamping keluarga tetcinta Aamiin.. “

” Isteri yang baik, humble, suka bahagiakan sesiapa saja disekelilingnya… Suka buat kejutan.. Suci murni hati fashasandha . Bertuah itsaidilaziz memilikinya. Semoga bahagia hgga ke Syurga Firdausi yg paling Agong.. “

” Kagum.. Boleh jadi orang awam, the next minute jadi superstar.. Gosokkan baju utk suami! Sy pun bibik yg gosokkan.. kagum kagum kagum. Mesti satu singapura dan siti nurhaliza sayang sama Fasha. Figura humble yang patut jd contoh pd semua. Ibu isteri penyayang.. “

Beruntung Aidil mendapat ucapan khas daripada DS Siti dan seisi stadium tertutup Singapura meraikannya. Hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk Aidil. Semoga Aidil dan Fasha berbahagia selalu hingga ke jannah dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak