Artis / Selebriti
” Isteri Mark ni bagus sangat, rasa sebak pula tengok.. ” – Komen Netizen
Video isteri Mark Adam buat kejutan membawa kakak sulung Mark sekeluarga dari Filipina selepas 5 tahun tak bersua muka undang sebak ramai. Moment yang sangat menyentuh hati..
Meninjau ke beberapa akaun Instagram, perkongsian video yang memaparkan kejutan istimewa buat Mark Adam yang dirancang oleh isterinya telah mengundang rasa sebak ramai. Isteri Mark mengejutkan Mark dengan kehadiran kakak sulung Mark dari Filipina.
Kakak sulung Mark datang satu keluarga bersama anak-anaknya. Menurut Mark, sudah lima tahun mereka tidak bersua muka. Mereka hadir selepas Mark selesai dalam program realiti Gegar Vaganza 2025 yang berlangsung semalam.
Di awal video, Mark tidak sedar akan kehadiran keluarga kakak sulungnya itu. Apabila dia menoleh, wajahnya tersenyum dan bermulalah sesi berpeluk melepaskan rindu. Mark juga memperkenalkan kepada semua yang ada di situ bahawa itu adalah kakaknya.

Turut dikongsikan sebuah video ketika keluarga kakak Mark tiba di lapangan terbang dan disambut oleh isteri mark. Masing-masing cukup sopan dengan bersalaman sambil mencium tangan. Pastinya momen ini tidak dapat dilupakan oleh Mark.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Kenapa sampai 5 tahun xjumpa? Ada mslh dengan adik beradik ke? isteri mark ni bgus sangat.dr dlu dia mmg jaga kluarga mark adam.. “
” Jgan tnya kenapa tak balik ke ,bukan ke kaya ke apa ke, bnyk cekadak korang, itu hal dia, yang penting doa baik-baik saja kata alhamdulillah dapat jumpa sekian lama tidak jumpa.. “
” Awww markadam1079 I’m so so happy to watch this. Have a lovely Christmas with them, nampak keluarganya baik2 belaka.. “
” Baik isteri Mark. Hargailah isteri yg baik. Cantik kakak Mark..anak anak sedara semua cantik cantik. Alhamdulillah jumpa juga walaupun lama xbersua. .. “
” Alhamdulillah.. Allah bagi peluang jumpa kakak dia sekeluarga.. Bagus Mark ni.. Reaksi yg sgt cool dan tak overreaction.. “
” Alhamdulillah..sesibuk mcm mna pun keluarga la yg membahagiakn kita, mereka dtg dri jauh Mark isteri sellu blik Sabah kazen kt sana, cuma tiada masa nk jumpa mereka dtg ke Malaysia jumpa Mark rasa sebak pulk tgok.. “
” Alhamdulilah.. makin bersemangat lah Mark untuk perform next week.. Sempat mark puji kakak nya cantek. kita pulak sedih.. “
Momen penuh emosi ini bukan sahaja meruntun hati Mark, malah turut mengundang sebak dalam kalangan yang menonton. Sesungguhnya, kasih keluarga melangkaui jarak dan waktu dan apabila dipertemukan semula, ia hadir bersama air mata, pelukan dan rasa syukur yang tidak terucap.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburan, Mark adam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

