Connect with us

Artis / Selebriti

” Isteri kiriman tuhan ni. She is diva dowh, yet dia tahu level dia bila bersama suami.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin Dedah Sikap Fazura Yang Tidak Pernah Ditunjukkan Kepada Umum Raih Perhatian Warganet. Sisi Lain Fazura Yang Orang Tidak Tahu, Untung Fattah !!

Kebelakangan ini, kecoh di media massa bercerita mengenai rumahtangga pasangan romantis, Fattah Amin dan Fazura. Ini berikutan masing-masing jarang dilihat bersama dan mereka tidak memberi respon antara satu sama lain pada setiap posting yang dikaitkan mengenai mereka di media sosial.

Spekulasi ini ditangani dengan tenang oleh pasangan ini dan mereka hanya mahukan privasi. Meninjau akaun Instagram Majalah Pama, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan temu bual eksklusif antara pihak majalah bersama Fattah. Ini sekaligus menjawab spekulasi yang hangat diperkatakan itu.

Fattah dengan terbuka berkongsi perihal sikap Fazura di rumah yang tidak diketahui umum. Di luar Fazura memang kelihatan seorang wanita yang moden dan up to date. Namun di rumah, Fazura berubah karakternya menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada suami.

Layanan Fazura dan cara Fazura menghargai Fattah sungguh istimewa. Sepanjang usia perkahwinan yang sudahpun 7 tahun, Fazura melayani Fattah seperti seorang raja. Segala makan pakai Fattah disediakan selengkapnya dan satu yang membuatkan Fattah merasakan Fazura begitu istimewa ialah Fazura tidak pernah membiarkan Fattah untuk menyenduk nasi sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” She is diva dowh, kaya, anak pompuan tunggal, tak tunjuk kekayaan, yet dia tahu level dia bila bsama suami.. ”

” Tengok muka Fazura pun dah tahu dia baik orangnya. Fattah Amin beruntung dan bersyukurlah kpd Allah SWT kerana memperisterikan Fazura yg mempunyai budi bahasa yg tinggi dan akhlak yg baik.. ”

” Itulah isteri yang solehah.. Alhamdulillah fazura tidak menunjuk2
semoga kekal pasangan ini hingga ke Jannah.. ”

” Isteri kiriman tuhan ni.. sebab tu kita minat dekat kak Fazz sebab dia orang yang tinggi adab sopannya.. Isteri yang solehah insha Allah.. ”

” Alhamdulillah syukur, isteri Mithali ni. Cra Fazura tu mlayan suami mkn..cra org2 dulu ..mreka hormat dn lyan suami ketika mkn..org tua2 kata memikat suami dgn lyan msa mkn dn jgk msakkn.. ”

” Masing-masing hargai cara pasangan masing-masing. Sebagai fans yg follow diorang dari awal, memang nampak kalau kat event² faz akan sendukkan makanan utk fattah dulu.. ”

” Isteri cerminan suami, baik suaminya baiklah isterinya. dua-dua pun baik.. Fazura masih kekalkan cara isteri dulu-dulu.. senduk nasi je pun fattah dah appreciate.. ”

Ramai yang mengakui Fazura mempunyai personaliti dan sifat yang baik. Apa yang penting dalam sebuah rumahtangga adalah toleransi dan saling menghargai. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan yang terbaik dan semoga pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir usia.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Pa & Ma, IG Fattzura.2017

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT